Sunday, 31 July 2011

ramadhan datang lagi :)

berdoa JIBRIL..Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yg berikut :-

~ Tidak memohon maaf terlebih dahulu pada kedua ibubapanya

~Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri



~ Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitar..

diaminkan oleh nabi Muhammad semasa sedang naik ke atas mimbar untuk memberikan khutbah.

http://www.emocutez.com

yey ! ramadhan dtg lagi ! alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang menyambut ramadhan lagi..
alfatihah kepada ibunda kepada junior ku kat samtk dulu iaitu aqila asyikin yg kembali ke rahmatullah pada jam 3pg tadi..

alfatihah~

thn ni first time niera akan sahur + puasa + berbuka sorang2..apa perasaan??
xpe2..
ni la pengalaman kan3 :)
http://www.emocutez.com



sebelum masuk bulan barakah ni,niera nak mohon maaf pada semua yg mengenali niera seandainya niera pernah buat salah samada sengaja apatah lagi x sengaja..
selamat menjalani ibadah di bulan ini :)

Saturday, 30 July 2011

x sangka dah ada anak~

assalamualaikum..
hurmm..
agak2 pe hari ni punya cter??
heheheee~
actually tjk post niera kali ni adalah kata2 yg keluar dari mulut seorg ibu kpd student niera..
ibu mohd farid azmie..
camne dia leh ckp camtu?
sbnrnya tadi ada majlis bacaan yaasin d rumah beliau sempena sambut ramadhan ni..
kami (ustazah2) dijemput la hadir..
then niera g dgn kak syikin and dye punya family..
kami naik 1 kereta..
pastu dah sampai..
ammar (anak kak syikeen) nak mnx niera dukung..pastu time dah kuar kete..niera pon dukung la ammar yg comel tu :)

ni la ammar..comel kan3 :)

nak jadi cter,ibu farid tu nmpk terus cakap

 "x sangka dah ada anak.."

"ni ank kak syikeen,kak"

"oo,x kahwin lg?"

"blom la kak"

hehehee~
muka niera dah blh jd mak org ea @ isteri org ye??
renung2lah ye..


ammar dgn ibunya sebenar,kak syikeen..dua2 comel !

p/s:gambar2 dipinjam dari fb kak syikeen..tq kak :)

Friday, 29 July 2011

couple?



SEBELUM COUPLE :

Message ringkas al-kisah pasangan bercouple..

L: ye! abg dh lme tnggu saat nie!
P: abg nk tngglkn syg ke?
L: mestilah x..?? tolong jgn fkir mcm 2.. xmngkin trjadi..!!!
P: abg cntakn sygkan?
L: ye..tiap hari..
P: abg prnh tipu syg x?
L: X! nape syg sllu tnye cm2?
P: abg akn selalu kluar dengan syg tk?
L: stiap kali ada pluang abg tk kan lepaskn..
P: abg akn pkul syg?
L: giler ke?abg bkn llaki cm2!
P: bleh ke syg prcyekn abg?
L: yaa!
P: syg!

SELEPAS COUPLE:
baca dari bawah hingga atas.. just for sharing.. ^_^ renungan bersama..

Thursday, 28 July 2011

pasti ada hikmah :)

"Dan mohonlah pertolongan(kpd ALLAH) dgn sabar dan solat.Dan solat itu sungguh berat kecuali bg bg org2 yg khusyuk" (2:45)






alhamdulillah wa syukur lillah..urusan check up dah selesai..syukran jazilan niera ucapkan kat shbt niera,munirah munir yg bg nasihat menerusi kalamullah diatas..
cuma hari ni sikit terkilan sbb x dpt bantuan zakat dan baitulmal perak..walaupun niera lahir kat perak..ic kena alamat perak tp niera punya ic alamat damansara..kat srt twrn pon alamat gombak..so,x de rezeki..
tp mesti ada hikmahNYA nnt..yg pnting yakin,yakin dan yakin.. :)

alkisah nak check up..

assalamualaikum..
hurm..sob2..tgh sedih ni..
niera pg2 kol 6pg dah dikejutkan oleh bunyi air yg keluar dari paip x henti2..bocor la !
then niera ni konon nak jd hero la..
habis basah semua baju kat dlm bilik air tu..
hahaha..
sape kata x sejuk??
then terus la mandi..pastu solat subuh..
mmg pg ni rancang nak gi tapah wat check up..
then basuh baju (perlu ke cter..haha) n sarapan mee goreng then dah kol 8.30pg..
niera pon gerak la dgn motor EX5 ni go to tapah !
fuhh..first time bawak motor selaju tu .. x pernah la nk bawak gi tempat yg agk jauh camtu en,..
nak wat cane..ada kete org pinjam..tu lah !
then da sampai tapah,tgk mmg ramai r kat klinik tapah tu..
niera ingt bukak kol 9pg tp dye bukak 8pg la..
adushhh~
then g la tnya akak kat kaunter tu..
akak tu pun tgk borang..

"nak masuk u bila ni?"

"7 september kak"

"ok,adik kena ada rm80 sbb ni kena cek air kencing pastu ada cek2 pasal dadah n x ray"

"ohh,ye ke kak?kalau sy buat dekat hospital tapah?"

"x blh..pihak sana pon hantar kat kami..kalau adik cepat,cepatlah adik dapat..keputusan air kencing tu siap dlm 3 minggu..baru blh jumpa doktor.."

"ok lah akak,t kita datang esok ye sbb saya x bawak duit la"

"ok,tp adik kena dtg minggu ni jgk ye"

"ok,terima kasih kak"

niera pun pulang lah ke bidor dgn rasa cam nk nangis..ingat nak settle hari ni,,tup2 jadi camni plak..sampai umah niera kol kemy..

"kemy,nak dgr x cter sedih aku??" :(

"aku pon ada cter sedih ni mun.."

"ok,ko dgr dulu cter aku...blablabla (niera cter la pe yg jadi kat niera)

"samalah kita..aku ni baru sampai HKL..jalan kaki masuk hosp yg besar ni..nak nangis !"

*kesimpulan:x sangka nasib kami sama ! *

then,dah hbs kol,niera nangis..haha !
rasa cam penat..
byk benda x settle..srt tawaran ayah baru nk faks..mnx2 cpt sampai..
pastu nk hantar srt resign lagi..
cop penghulu lagi..
cari baju lagi !
BANYAK..
tp niera cam rasa x de keje..
hurm..
la tahzan..innallahamaana..
pas nangis tadi,terus niera ingat ALLAH dan terus amek wuduk..niera baca quran..alhamdulillah.tenang..ALLAH nk uji niera..SABAR :)

bau downy tukar jadi bau asap ! :(

assalamualaikum sekali lagi..
hari ni je dah 2 post aku buat !
ahh..ni kan blog niera so suka hati niera la..hehehe :)
ada niera kisah??!
actually mmg tgh marah ni !
grrrrrr~
sampai tajuk post ni pon jadi status kat FB..
yaALLAH pakcik..cuba bertimbang rasa skt..
niera x mnx lbh ok !
SIKIT je..

kalau nak bakar sampah tu,cuba mata tu tgk umah jiran pakcik ni..
ishh~
xnampak ke baju niera blm angkat dari ampaian tu??
yaALLAH..sabar je la..
niera blk keje kol 6 ptg bkn 8 mlm sampai x blh tunggu niera blk keje dulu...
habis baju2 niera bau asap..
hilang dah baju yg bau downy...
sedih tw x !
grrrr~
nak marah2 tp da pgkat pakcik..
pakcik,saya tw pakcik x baca blog sy tp sy nk minx jgk supaya pas ni tlg ye pakcik,berfikir sebelum bertindak !

Wednesday, 27 July 2011

kami berkejaran !

assalamualaikum..
now niera nak cter something ni..
hehehehehe..
sape yg niera maksudkan kat atas tu..
niera + guru besar + anjing !
yup ! ANJING..
gaya cam berani je..
actually niera dtg keje tadi kol 2 ptg ..
pastu senang cter la cam bese niera masuk kelas n makan..
hehehe..
then x perasan yg anjing2 tu ada !
lps hbs mkn,niera kuar kelas sbb nk basuh tgn..
then dgr la satu suara..
ANJING !
5 ekor semuanya..
bayangkanlah..
time tu dah la students semua blum dtg..
guru2 lain pon sama..
ketakutan lah..
hahaha..
then,niera masuk kelas n tutup semua pintu sbb tkt anjing2 tu mengganas..
nak tw niera wat pe?
intai anjing2 tu wat pe dari tingkap..hahaha!
nak halau mmg x yah ckp la..tkt..
hehee..
anjing2 tu semua mmg sedaplah landing n tido bawah pokok n celah2 pokok bunga tu..
haish !
then kol 2.20 ptg guru besar niera dtg..
fuhh..alhamdulillah..
bg tw guru besar pastu dye pon ltk beg n KAMI jlnkan operasi menghalau anjing2 tu semua..
kami berlari2..
niera dah pegang penyapu dah dan dok sebut2 shuh3!!
hahaha..
macam ap je kami ni..
guru besar ambik air dok simbah2..
sungguh liat anjing2 tu nk pergi keluar..
adoi..
kami lari la sekeliling sekolah tu..
dah pon keluar..
pastu mula la student2 yg naik van dtg..
baru nak melangkah masuk ke kelas..
USTAZAH !!! ADA ANJING NI!!
student2 dah mula jerit2..
adoi..
anjing tu masuk blk la..
dgn student2 kami main lari2 sebab nk halau 4 anjing yg masuk blk tu..
berpeluh??
mmg dah mcm mandi peluh !
hehehehe..
kol 3 ptg baru semua settle !
:)

Tuesday, 26 July 2011

mungkinkah..

assalamualaikum kat sape2 yg sudi jenguk blog niera ni..heheehee~
ni kes ptg ni..
time nak blk sekolah..
hish..
baru perasan yg plat motor bhg belakang patah !
nasib baik nombor msh ada..
sape punya keje ni?
yg pasti bukan niera la..sbb niera x bwk moto sampai pernah jatuh !
dann yg pasti..
3 hari motor niera kat umah maklang sebab niera guna kete..
mungkinkah???
xkan ank murid niera sbb serpihan yg patah tu x de pon kat sekeliling sekolah !
dan tadi time niera nk beli aiskrim..
pakcik zamri bg tahu yg dye nmpk ada budak laki bawak kete niera bkn maklang !
ni pasti nizamudin yg baru f3 tu..
confirm2 la dye x de lesen !
rasa macam2 skrg ni..
geram + marah + takut kena marah dgn ayah!
camne ni????????
huwaaaaa :'(

Monday, 25 July 2011

Universiti Sains Islam Malaysia

assalamualaikum..
hari tu x sempat nk cter pnjg2 pasal u..
ehh,sy bakal jadi budak UNIVERSITI la...
hehehehehehe~

Universiti Sains Islam Malaysia..
bangga ada perkataan islam kat c2..
huhuhu~

alhamdulillah..
niera akn sambung dalam ijazah sarjana muda pengajian akidah dan agama dengan kepujian..
panjang x??heeeee~
akidah?mungkin lbh kurang cam usuluddin kot..
agama?mungkin belajar perbandingan agama kot..
t klu niera dah belajar,niera cter lg k..
huhuhu..

majoriti lepasan STAM di SAMTKKB dapat msk USIM..
wahh...berkampung kami disana..hahaha

USIM ;
husna
liyana saharudin
atikah hussin
awatif
riduan harun
jurjani (tp g mesir)
adha (g mesir gak)
hakimi
faliq
hakim
mukhzin (mesir jgk)
haziq
nazirah 
syafiqah amalina
syairah (mesir)
mardhiah
sakinah
ain (mesir)

UUM ;
zaty jailan
tika kasim (mesir)
azira azwin

UIA ;
balkis
zahra (mesir)
shahril
fatimah (mesir)

UKM ;
zaid

UNISZA ;
syikin (mesir)

UPM ;
mahfudz

 gug luck tok korg semua !
pas ni nk check up lagi..
cari baju lagi utk minggu taaruf..
isi borang sana sini..
niera blh ! 

p/s:sory nama yg x de..x tahu..heheehe~

solat dhuha ♥♥

SEMBAHYANG DHUHA
Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :      “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi  wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah) 


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani ) 


tenQ..share bersama :)

Sunday, 24 July 2011

khemah ibadah di srar tarbiatul islamiah.. :)

 peserta khemah ibadah dan guru2..mesti x nmpk mana niera en?hahaha~

 LDK 4 (akhlak terpuji-lakonan berkumpulan)
 LDK 5 (pertandingan solat berjemaah )
 sesi minta maaf dgn guru2..nmpk x aku?
 mkn yop jgn x mkn :) nyum3~
 syakirah dalam sesi nangis2 :)
 knp dgn mukaku??hahaha~
 LDK 3 (kotak beracun al-arabi)
 kumpulan 3

 kumpulan 3 dan jd johan keseluruhan~
 dah nk blk :(
 kumpulan 2
 tahniah ustazah cik nur amalina munirah bt zahari~heheheheh~

 kumpulan 1

 kumpulan 5


 suka depa dpt hadiah ~
 LDK 2 (jejak rasul-explorace sirah)

 taklimat~
my guru besar~
blk !! kngn terindah~

p/s:sory x ikut urutan yg btl..sbb byk sgt..hehehehe

kunjungan kalian dihargai~





yes !
niera hidangkan dulu gambo2 kami kat atas tu bg tatapan semua yg dtg jenguk2 blog niera yg x seberapa ni..hehehe,,
Assalamualaikum :)

semalam bersamaan 23 julai 2011 ada program khemah ibadah di sekolah tempat niera mengajar~
n then niera call kamila n ajak join niera jual dadih sbb niera x de assistant..hahhaa..
n niera srh dye ajak sape2..n then hanna ok jepp nk ikut join..huhu~
x sangka last2 minute mnx tlg ada gak yg sdi tlg..hee~ tenq2 :)

11.45 pg diorg sampai bidor ni..n kamila kol aku cakap dah sampai..aku pon bwk kete punya laju g jemput dowg dpn kfc bidor..n then terus bwk dowg gi sekolah tgk LDK 4..lakonan berkumpulan..dowg segan2..hahaha~

masa makan tgh hari,aku dah nk bawak dowg mkn kedai da..tp guru besar sekolah aku ajak mkn kat sekolah je..sbb mknn byk lebih..so,aku on jela..jimat duit..keh2..makan nasi berlaukkan ayam msk merah dan sayur campur..mmg sedap..nyum3:)

dah abes mkn tghari,ayh tepon tnye samada kemy (kamila) n hanna dah sampai lom..aku terus gerak blk umah sbb nk beli ais n tepung atas arahan guru besarku..hahaha!
dah beli semua2 tu,aku bawak blk umah aku yg agk "bzy" cam aku..tgk gmbo kat atas tu wat rujukan k..hahaha!

then,solat..kms n masukkan dadih dlm box..go to school back !
sbb aku jaga pendaftaran ibu bapa..dorg pon tunggu dadih aku tu sampai ada org beli..hahaha!
dah la baru pas hujan..aku dah riso dadih aku x laku sbb semua org tgh sejuk2 en..alhamdulillah 60 bekas dadih hbs dijual drpd 69..hehehe..tenQ2 korg~ wee~

penutup program kak syikeen dah pggl aku dah sbb kne sampaikan hadiah n sijil2 kat org2 yg sepatutnya..adoi..
tp nk wat cmne..dah aku ajk cenderamata..just do it k niera !
aku pon pergi la dgn muka slamber..
mandi peluh kot aku kat depan tu..haha !
lama sgt..x rasa angin pon..
ok !
sekarang turn cabutan bertuah..
ada 3 jenis hadiah..
*gula 2 + tepung
*hamper
*minyak
nombor disebut2..
bila nombor aku ni??hahaha..
aku pertaruhkan nombor 64..
lalalalla~
sorg demi sorg dapat hadiah termasuk guru2..
aku??
dan tiba la cabutan bertuah yg terakhir..dpt minyak..
78..x de !
86..x de !
64..akuu !
what???minyak??hahahah..ni perli srh aku rajin masak ni..hahahaha..
aku tukar dgn kak zahara yg dpt hamper..hahha..tenQ kak :)

ptg blk..aku trus bwk dowg tgk henset sbb kat bidor ni ada kedai murah..lalalla~
touch screen 200 lebih je..samsung..
esoknya~
kemy n hanna kuar kan duit n beli fon yg sama tp hanna kuning kemy putih..huhu~aku??
tunggu pink ada kot..hahaha..pink hbs stok plak..
tp mcm syg duit nk beli sbb aku baru beli henset baru..hurm..

n pg td kami sarapan then gi ronda2 tapah...
x gi mana pon...sbb tiket bas dowg kol 3ptg..
pastu bg kemy test drive kete kancil aku tu..hahaha..
then mkn n shopping skt..
n dowg pun naik bas..
tenQ kwn2 sbb dtg :)
love u all so much !

Tuesday, 19 July 2011

persediaan khemah ibadah :)

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum pd sape2 yg jenguk blog niera ni :)

23 julai 2011
bersamaan sabtu..
ada khemah ibadah la kat sekolah !
waah..
sebelum ni niera yg join sbg student..
now,dah jd ustazah yg conduct diorg !
niera sbg ajk cenderamata dan ketua dlm acara explorace sirah..
sbb niera kan guru sirah yg utama :)
hehehehe..

mcm2 rasa kot~
sekarang tgh siapkan soalan..
esok siapkan balut hadiah..mklumla..tu bwh tggunjwb niera sbg ajk cenderamata..
hope semua berjalan lancar :)

Sunday, 17 July 2011

setelah hampir 7 tahun....

assalamualaikum :)
16 julai 2011 tarikh yg gembira jgk buat niera sbb niera dapat jumpa kawan lama yg mmg sgt2 baik dgn niera..dari drjh 2 kami rapat..tp setelah niera habis UPSR,kami terpisah sbb niera dah msk asrama di perak..dan thn ni alhamdulillah kami dah berjumpa kembali dalam facebook..sgt2 happy..syukur lillah :)
ALLAH temukan kami setelah masing2 bergelar remaja..niera tunggu dia kat setiawangsa dan dye dtg dgn kereta myvi..waa..rasa cam x cye..niera dah jd ustazah dan dye dah jd budak uitm kuala pilah,n9..dye drive..kami makan2 di jusco..dye bawak adik dye sorang..kami bukan makan sebenarnya tp menceritakan apa kisah disebalik bila kami x jumpa..cuma niera x nafikan yg agk sdeh bila dye free hair..itu hak msg2 asalkan dye ttp kwn niera yg mcm dulu..still knl perangai gler2 niera..
alhamdulillah,lepas ni niera akan sambung degree di USIM,nilai,n9..1 negeri belajar dgn dye..insyaALLAH jumpa lagi..amiin :)

Friday, 15 July 2011

USIM ♥♥

ASSALAMUALAIKUM,,
alhamdulillah syukur padaMU..
tghhari tadi cek result UPU niera..
alhamdulillah dpt USIM bidang pengajian akidah dan agama..
apa tu?
sama2 kita tgk nnt..
hehehee~

Thursday, 14 July 2011

SABAR..

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - [Ibrahim 14:34]
subhanallah !
bila terbaca artikel ni http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/972-mengapa-harus-bersedih.html tertumpah air mata..kadang2 rasa sedih tu buat kita terkenang balik kesalahan kita..
seriously niera rasa sorang2 sangat kat perak ni..
ada saudara rasa macam x de..
makan minum semua kena perlu urus sendiri tanpa bantuan org lain..
sbb niera kena bljr berdikari tanpa keluarga disisi..
bertemankan sejadah + telekung + alquran + dan laptop yg menjadi tempat utk mengadu...
innallahamaana~
ALLAH x kan bg sesuatu ujian tanpa kita mampu menggalasnya..
bila ditimpa ujian,yakinlah bhw DIA sayangkan kita..
niera share 1 story dgn kawan sekolah rendah niera dulu..then dye srh baca artikel yg kat atas tu..
tenQ kawan :)
astaghfirullah..niera terlupa ini ujianNYA..


kat sekolah tadi,x tahu la knp..
niera mudah mengalirkan air mata..
rasa mcm2..
ada jugak rasa dah x kuat tanggung semua ni..
tp bila niera mengajar students mcm biasa..niera mampu ketawa~
minggu ni niera guru bertugas n semalam ntah mcm mana silapnya,blh plak terlupa tutup pintu dan lampu tandas perempuan..
org surau msg niera bg tahu..
yaALLAH,bazir elektrik..
sebab tu pun niera blh nangis..
ntah pa pe ntah..
tp mmg rasa mcm salah sgt2..
lpas tu semalam guru besar niera srh pakai tshirt khemah ibadah thn lps yg ada lbh..
tapi tshrt tu lengan pendek..
X NAK !
then dye srh pakai inner..
wow! niera mana reti pakai macam tu..inner pun x de..
lgpun x kn ustazah pakai camtu kot?
mesti jadi bualan ibubapa students!
ohh NO! 
niera x nk pakai..
tadi ngadu kat guru2 lain..
alhamdulillah,kak syikeen tlg ckp kat guru besar sbb majo guru2 x nk pakai..
tenQ kak syikeen :)

apa yg penting?
SABAR dlm kehidupan ini :)

Wednesday, 13 July 2011

yaALLAH,lapangkan dadaku..

Daripada Abu Hurairah r.a.meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud;"Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin,maka ALLAH akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan org yg dilanda kesempitan,maka ALLAH akan memudahkannya didunia dan akhirat. Sesiapa yg menutup aib seorg muslim,maka ALLAH menutup aibnya didunia dan akhirat. ALLAH menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dlm merangka ilmu.maka ALLAH akn mudahkn bgnya jln ke syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah ALLAH dgn membaca kitab ALLAH dan mempelajarinya bersama2,kecuali bhw ketenteraman akn turun kpd mereka , malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang disisiNYA dan sesiapa yg lmbt (kurang) amalannya,mka tidak akn dpercepat mengangkat drjtnya."

Monday, 11 July 2011

hamzah asadullah..

Kesedihan para mukminin,
Masih terpancar di pedang musyirikin,
Sedang darah para syuhada',
Masih merah di lantai sirah.

Ketamakkan kepada harta,
Mungkin itu jadi puncanya,
Maka Allah menjadi murka,
Sehingga Nabi pun turut terluka,

Dalam ramai umat yang gugur,
Satu jasad tubuhnya hancur,
Kepiluan beratapan,
Menangisi satu kehilangan.

Dan setelah dikenal pasti,
Dia hamzah perisai nabi,
Biar nyawa dikorbankan,
(jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat.

Di sebalik ketewasanmu,
Ada syurga sedang menunggu,
Tiap perintah mengandung hikmah,
Keingkaran kan mengundang padah.

Lailahaillallah,
huwa saidina hamzah asadullah.

Dikaulah perisai Rasulullah,
Berjuang berkorban demi Allah.

Sudahkah puas hatimu Hendon,
Dapat melapah hati dan jantung,
Terbalaskah dendam kesumat,
Yang sekian lama telah tersemat. 


bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum~
yg kat ats tu lirik lagu hamzah asadullah..
yang mana liriknya ada kena mengena dgn peperangan uhud..
hari ni buat pertama kalinya niera mengajar sirah thn 4,5,6 dgn penyampaian yg berbeza..
mengajar sambil menghayati lirik diatas..
bagaimana saidina hamzah iaitu bapa saudara nabi muhammad syahid dlm perang uhud..
alhamdulillah..semua pelajar faham penyampaian niera..
disamping dapat bernasyid,mereka juga faham kandungan perang uhud..

dulu niera suka tidur bila tibanya subjek sirah..
bg niera ni la subjek plg boring sbb kena ingat byk perkara + x blh hentam jawapan sbb semua fakta ! tp ALLAH tu maha besar..
DIA nk tunjuk bahawa sirah ni subjek plg best !
mmg btl subjek ni plg best setelah niera mengajar..
ye la,sebelum mengajar,niera kena baca dulu + paham betul2..
baru blh mengajar kan..
SIRAH mmg BEST !
mcm2 kisah semua bersangkut paut..
x rugi belajar + mengajar sirah ni .. :)

blh kat post niera ni,niera cter pasal perang uhud?
perang uhud adalah perang selepas berlakunya perang badar..
perang uhud berlaku pada tahun ketiga hijrah..
pada mulanya perang ini disertai oleh 1000 tentera islam..
namun malangnya 300 telah berpatah balik ke madinah setelah dihasut oleh abdullah bin ubai..
sape abdullah bin ubai ni?
itulah ketua org munafik!
hanya 700 saje yg ttp setia hingga ke bukit uhud..
perjuangan harus diteruskan !
rasullullah telah membahagikan 3 pasukan iaitu atas,kanan,kiri..
arahan rasulullah pada pasukan atas a.k.a pasukan pemanah supaya jgn turun dari bukit selagi x diarahkan..
peperangan yg disertai 3000 tentera musyrikin berlangsung dgn hebat..
700 tentera islam VS 3000 tentera kafir quraisy !
dwaktu kemuncak,ramai tentera quraisy berundur dan meninggalkan harta..
pasukan islam yg ada di atas bukit turun dan lupa pesanan rasulullah..
khalid al walid selaku ketua sayap kanan quraisy tlh mengambil peluang menyerang dari arah belakang..
berlakulah pertempuran sekali lagi dan ramai tentera islam yg syahid..
kira2 70 org manakala tentera quraisy 32 org yg mati..
ubai bin khalaf cuba membunuh rasulullah tapi rasulullah cepat mengambil sebatang tombak dan merejam leher ubai bin khalaf..
tercatat lah sejarah..bahawa ubai bin khalaf adalah satu2nya insan yg pernah dibunuh rasulullah semasa hayatnya..subhanallah! 
rasulullah telah mengalami luka di muka,pipi,bibir,dan lutut kerana telah terjatuh kedalam perangkap yg dibina abu amar arrahib..
salah seorang perisai nabi iaitu saidina hamzah telah syahid setelah dibunuh oleh wahsyi iaitu hamba kpd hendon..hendon dgn dendamnya tlh menebuk perut saidina hamzah lalu menguyah hatinya kemudian setelah puas,dia meluahkan kembali..
hendon berdendam kerana saidina hamzah telah membunuh suaminya abu sufian di dalam perang badar..
rasulullah amat sedih dan mengarahkan para syuhada' dikebumikan dgn pakaian perang mereka..

begitulah kisah saidina hamzah a.k.a bapa saudara nabi muhammad dalam perang uhud..
pemergiannya mmg memilukan..
syurga tempatnya..

sama2lah kita berdoa agar kita juga dapat kembali padaNYA dalam nikmat islam dan iman~
amin :)

Sunday, 10 July 2011

baik sangka :)

assalamualaikum :)
semoga org yg sudi membaca blog sy ni sht2 semuanya..alhamdulillah..

today is sunday ..
hurm..
tibanya hari ahad ni mcm2 la aktivitinya en..
yg paling famous adalah kenduri kahwin..
kan3..

tapi..
sy x pernah pergi mana2 majlis perkahwinan di kampung ni..
selama saya tinggal sendirian di sini..
mengapa??
kerana tiada yg jemput..
hehehehe..
ape perasaan??

yup !
of course saya rasa terpinggir sgt2..
sedih + kecewa..
dgn sikap masyarakat..
bukan sy nk ckp sy ni bgs sgt..
tidak sama sekali..
nak kata org x knl?
sy yg x knl org tp org knl sy..
sbb sy duduk sorang dan mengajar disini..

saudara mara??
bukan xde..
tp mcm x de..

TAPI..
kita x boleh buruk sangka kan?
kita kena sangka baik :)





 “Wahai orang-orang yang beriman!
 Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;
 dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;
 dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
 Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? 
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. 
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
< Al-Hujuraat ayat 12 >

p/s:saya insan x sempurna..

Saturday, 9 July 2011

pasti ada hikmahnya..kan3 ♥♥♥♥

 bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..
alhamdulillah dgn nikmat iman,sht,akidah yg msh kukuh dijiwa pada hari ini..
masih ada kudrat yg diberiNYA utk trus mengupdate blog..
khusus utk diri sy sendiri :)
terus terang saya ckp sy bukan seorang yg pandai bermadah puitis..
bukan juga org yg byk ilmu yg blh menyampaikan ilmu yg hebat2..
blog ni kadang2 je sy update mengenai sesuatu yg saya tahu..
majoriti sy hanya menceritakan kisah hidup sy..
semoga kawan2 yg dah lama x jumpa sy akan tahu perkembangan diri sy..


actually hari ni nak kongsi satu perkara yg blum pernah niera kongsi dgn sape pon..
mungkin malu..tp tu lah kenyataan..
hurm..
macam mana nk mula ye?
ok..
sebenarnya niera rasa tertekan sgt2..
bila rasa kehidupan niera dtentukan oleh org bukan niera..
walaupun org tu ayah niera sendiri..atau family..
mula2,rasa mcm sedih sgt..sbb niera x guna result SPM niera..
niera x kata hebat keputusan tu..
tp disebabkan keputusan SPM niera tu lah,niera dpt matrik..dapat universiti..
niera dapat matrik perak bidang perakaunan..
dgn unisZA bidang usuluddin..
KUIS pun still dpt usuluddin..
sebelum keputusan SPM..
niera ikut cakap ayah..
amek STAM..
niera ikut walaupun bg niera sgt2 ssh..
10 pelajaran dlm bahasa arab..
kena hafaz dlm setahun..
niera tahu kemampuan niera..
niera x blh nk hafaz semua tu..
bukan mcm kawan2 niera..
macam2 jadi sbb niera x nk ambik..
niera ikut sbb niera rasa keputusan mak ayh adalah terbaik utk niera..



tahun ni..
bila result keluar..niera sedih sebenarnya..
sebab,,
niera cuma dpt JAYYID..
alhamdulillah niera x gagal..
masih blh smbg di universiti..
tp impian ayah dan mak utk lihat niera pergi mesir..
niera x mampu..


pada mulanya..
niera dah isi borg pergi mesir under perak sbb niera lahir kat perak..
tp last2 minute niera ckp terus terang niera x mampu..
mmg niera dah sedihkan hati mak ayah..
tp ALLAH tlg bg mak ayah fhm..
bila tgk ramai kwn2 niera yg akan ke mesir nanti..
niera x tahu nk gambarkan perasaan macammana..


sekarang niera fokus pada 15 julai ni..
result universiti keluar..
insyaALLAH klu ada rezeki..
niera sambung degree dlm bidang Quran Sunnah..
sekarang niera jd guru di perak..
mmg tu kerja ttp dan niera bersyukur..
ramai kwn2 mintak jd guru..
lepas temuduga,diorg x dpt..
jd guru kafa ni dah jadi satu bonus sbb niera ada pengalaman mengajar..



sebenrnya apa je yg berlaku dlm hidup kita ..
semua dah tertulis..
kita kena redha..
mmg niera dah x dpt guna SPM ..
utk mohon u..
cuma ada STAM..
tp pasti ada hikmahNYA yg niera x tahu..
kan3??
niera yakin 1 hari nnt..
niera akan tahu apa hikmahNYA niera x guna result SPM..

p/s:kpd kwn yg ke mesir..mabruk alaikum..

Friday, 8 July 2011

~repord card~

 assalamualaikum..
hari ni hari MENANDATANGANI repord card belajar..
soo..
ni pengalaman niera yg pertama sebagai GURU..
wah !
sungguh menyeramkan..
heeeee~




  
nmpk x niera tu??
huhuhu :)



 berhadapan dgn ibu kpd murid yg nakal..
dye gelak,niera pun gelak la..
hehehehe~





muka kepenatan~
weee~


peace !
niera dan kak syikeen yg gler2..



dgn ibu pelajar yg dpt no 1 dlm kelas..
huhuhu~
senyum2.. :)



dgn salah sorg pelajar ku..
aku lg tinggi kan..
hehehee :)


 ni kak hayati..
guru kelas thn 3 a.k.a bendahari sekolah :)


itulah ceritera cintaku hari ni..
heeee~

p/s:nk tgk lbh byk gambar??ada di fb sy :)

Thursday, 7 July 2011

wanita~

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.


  1. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
  2. “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
  3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
  4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
  5. Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
  6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
  7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


  1. “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
  2. “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
  3. “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
  4. “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
  5. “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
  6. “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
  7. “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
    “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
    Lantas, wanita-wanita tadi menangis dan berkata;
    “MasyaAllah, demikian sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.

Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti!