Saturday, 11 August 2012

Pasangan Remaja Dibelit Ular ketika Berzina !

“Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.

Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula.

Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.


“Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi.

baca berita penuh di SINI :)

**************************************************************************

Allah itu Maha Mengetahui,soroklah dimana pun perbuatan kita,Allah tetap tahu..Teringat perbualan ayah yang menceritakan dia nampak pemuda tidak puasa sorok-sorok minum air sambil toleh kiri kanan..dia tak tahu ayah kat atas rumah boleh nampak,inikan pulak Allah..hatta dalam hati sekalipun Allah tahu.. :) semoga
kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua ..

33 000 Budak Comel:

sunshine =) sunshine =) said...

masyaAllah!seram dengar..huhu

babycomel babycomel said...

Balasan Allah tu segara je kan, ambil iktibar dr cerita ni.. Ya Allah

nemuru saa nemuru saa said...

hoho.. terus dpt cash time tu gak :o

btw niera. dah blog comment la :p

Nurul Fadhilatul Nabilah Nurul Fadhilatul Nabilah said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Fadhilatul Nabilah Nurul Fadhilatul Nabilah said...

Ya Allah..dah takde kerja ek diorang ni..kalau nak buat pun tunggu la bila dah kahwin.. :/

heroe13 heroe13 said...

astaghfirullah,, bejat sekali..
visit back eotika.blogspot

Nurul Fadhilatul Nabilah Nurul Fadhilatul Nabilah said...
This comment has been removed by the author.
Ana Hanaa Daud Ana Hanaa Daud said...

Ha ! Itulah balasan Allah S.W.T !

Amirah Safiee Amirah Safiee said...

Dapat Terus Balasan Dari Allah Tuhh

Mr. Firdaus Windey Mr. Firdaus Windey said...

Allah masih beri peluang utk bertaubat..

NURUL ◕‿◕ NURUL ◕‿◕ said...

itulah balasan Allah kepada mereka..sekarang baru mereka sedar...

Aina Sofea Aina Sofea said...

Apa yang berlaku jadikan pengajaran ... :/

Engku Muzahadin Engku Muzahadin said...

Skrg dah bayar cash jer kan...Tu pun kadang2 kita masih lalai...

trah zain trah zain said...

hmm,, janji Allah tu pasti, tu la antara iktibar yg boleh kita amik, Allah balas atas dunia ni lagi, ular kt duni kita dah rasa camtu, camnr lak ngan ular kt akhirat nnti? nice entry sis ^^

✉ ¥ana Fauzi ✉ ✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

MasyaAllah , minta dijauhkan:'/ Takutt ..

لين Si Pipi Merah لين Si Pipi Merah said...

nauzubillah...

NuRuL NuRuL said...

MasyaALLAH.. minta dijauhkan semua tu dari kita..

Allah itu MAHA MELIHAT.. n MAHA KUASA..

Allah balas cash je skg..

cci cci said...

nauzubillah.. hindarilah diri kita dr perbuatan zina...

Cik Rongoks Cik Rongoks said...

ika pon baca pasal kisah nie.takut sangat.semoga dijauhkan dari semua tu .

sHaR!Na eLyaNa sHaR!Na eLyaNa said...

masyaAllah..itulah kebenaran yg Allah telah lihatkan pd mreka..hope kita djauhkan dr maksiat sbegini..

Zufar Najib Zufar Najib said...

masya'Allah. Allah nak tunjuk bila-bila masa je kan. :) ade 3 new post entry. sila lah lawat dan baca ye. mzufar.blogspot.com

ain vanilla ain vanilla said...

@sunshine =) takot la . yaampun . yang ni baru balasan dekat dunia .

Rochelle Liong Rochelle Liong said...

Takutnya baca cerita ni :(

Rochelle Liong Rochelle Liong said...

Takutnya baca cerita ni :(

Cahaya Kita Cahaya Kita said...

tue la padahnny

Nurul Nurul said...

Astagha .. nak berzina pun lepas kahwinlah. Ni sebelum kawin. Sudah elok nak kawin pergi tambah dosa pula. ish ish

Hafiza Basiruddin Hafiza Basiruddin said...

masyallah..

sha_azmi sha_azmi said...

nauzubillah...dasyat!

Hanif Idrus Hanif Idrus said...

Balasan tuhan

PariPari Puteri PariPari Puteri said...

menakutkannnnn !

Pecinta pink^^ Pecinta pink^^ said...

subhanaallah..tkutnye..moga di jauhkan..skang ni mcm2 dah blaku..dunia akhir zmn,,

Misz Mieza Misz Mieza said...

Satu pengajaran buat kita semua.. semoga dijauhkan dari perkara2 terkutuk macam ni..

Nurliyana Zulkifli Nurliyana Zulkifli said...

nauzubillah.. Ya Allah peliharalah diriku!