Sunday, 23 September 2012

Berdebarkah Aku?

Assalamualaikum semua :D
Soalan yang menarik untuk sepanjang 2 minggu ni adalah ..

"Munirah,berdebar-debar tak bila dah nak kawen ni?"
"Rasa berdebar tak?"
"Apa perasaan bila dah semakin hampir ni?"

tapi paling banyak orang tanya soalan yang first tu la . so, terasa nak update pulak mengenai "BERDEBARKAH AKU?"


korang rasa? Actually niera masih belum rasa debaran cuma kepala ni selalu la fikir macam-macam. Ye la, nak tukar status kan. Dulu hidup bujang, jaga hati mak ayah je tapi bila berdua nanti, dah kena jaga hati suami, jaga hati mak ayah mertua termasuk jangan lupa mak ayah sendiri. Situasi akan berubah bila status dah berubah. Dengan kawan-kawan pun tak boleh nak "hu ha hu ha" dah . Kena sentiasa mintak izin suami bila nak keluar rumah . Kena utamakan suami dari utamakan kawan-kawan. Semua tu akan jadi suatu yang baru dalam hidup kan? Bohong la kalau Niera kata tak de langsung perasaan berdebar tapi buat masa ni, bila berada di kampus memang tak terasa lagi sebab di kampus pun banyak juga hal yang perlu settle kan cuma mungkin minggu ni niera akan pulang ke rumah bagi persiapan perkahwinan, so mesti dan pasti akan rasa berdebar dan sangat teruja ^^
kalian doakan yang terbaik untuk niera dan bakal suami niera nanti ye :') insyaALLAH,niera akan update mengenai kisah kami untuk keseluruhan dari mula kenal hingga la sampai decide nak nikah sebab ramai kawan-kawan pun dah bertanya. penat jugak nak cerita kat sorang-sorang kan? hehe :) buat pengetahuan kalian,nanti dengan rasminya sang suami akan jadi penulis di laman blog ni bersama-sama niera :)

10 000 Budak Comel:

Azriff Aziz Azriff Aziz said...

wahhh. dah nak bertukar status ye..tahniah,semoga bahagia ke anak cucu :)

cci cci said...

insyallah... semoga berkekalan ek.. ^_^

Miss Fifi Miss Fifi said...

wah,lepas ni dah jdi puan lah ye.
tahniah,semoga bahagia hingga ke Jannah ^^,

Farina Hunny Farina Hunny said...

alhamdulillah ^^

Crew Fathi Crew Fathi said...

Amboi... muda2 dah pikirkan nk kawen ya.. Hehehe.. Tak salah semua tu.. Jika Allah S.W.T. berikan jodoh.. Cepat2 lah halalkan... Kawen aja.. Jika semua syarat2 dah lengap Hehe..

miela lula miela lula said...

wahh. tahniahh ehh? xD

Cik Fie Cik Fie said...

semoga bahagia ke anak cucu ye kak . :)

MISS Z BERCELOTEH MISS Z BERCELOTEH said...

semoga semuanya berjalan dengan lancar :)

Minta Izin Untuk Berzina? http://misszberceloteh.blogspot.com/2012/09/izinkan-saya-berzina-dengan-anak-pakcik.html

✉ ¥ana Fauzi ✉ ✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Nanti mesti lagi meriah bila suami isteri update..takdelaa kosong entry setiap hari , hihi..

nazira nazira said...

wah dh nak kawen yer.. tahniah.. semoga segalanya berjalan ngn lancar..

http://ruangannazira.blogspot.com/