Tuesday, 27 November 2012

Jodoh Pilihan Sendiri VS Jodoh Pilihan Ibu Ayah


Entry kahwin lagi dan lagi. Tak boring ke? Jawapan Niera tak boring ! Sebab Niera nak berkempen "SAY NO TO COUPLE!" selagi boleh ! heee. Sebab sekarang remaja makin liar, makin ligat, makin melampau! Ya, mungkin sekitar persekitaran kita, kita tak nampak tapi persekitaran luar? Sebab tu Niera sokong orang yang kahwin awal ni. Oppss ! Bukan sebab niera dah kahwin tapi sebab ini pendapat niera sendiri. Memang ya, umur macam niera ni selayaknya hanya fokus pada pelajaran. Tapi jika anak kita sudah pun "lain macam", apa salahnya bagi kahwin? Nak bagi makan apa? Pasir? Batu? Itu semua akan niera share di entry yang lain. Kali ni, dilema calon pilihan sendiri atau pilihan mak ayah yang menjadi terbaik buat kita. Kadang-kadang kita rasa pilihan sendiri tu lebih baik tapi mak ayah juga merasakan pilihan mereka adalah terbaik ! So, macam mana ni?

Kelebihan Pilihan Sendiri
  1. Dah kenal antara satu sama lain.
  2. Dah tahu kelebihan dan kelemahan si dia

Kelebihan Pilihan Ibu Ayah
  1. Restu keluarga terjamin
  2. Makin merapatkan dua buah family yang dah pun saling kenal
  3. Hubungan mesra sesama besan
  4. Family biasanya tahu yang terbaik buat kita dan pasti calon itu terbaik
  5. Kalau kita ada masalah, kedua-dua belah keluarga akan saling membantu menjernihkan keadaan.

Tapi ini pandangan niera. Ikut yang terbaik bagi korang. Kalau mak ayah pilih pun tapi tak serasi jiwa dengan si dia tak guna juga kita setuju. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Pilihan sendiri pun kadan-kadang tak berapa betul sangat sebab betul ke kita dah kenal hati budi si dia. Bila dah kahwin sebenarnya yang akan tunjukkan diri kita sebenar. Kat situ lah tahu yang dia ni tidur berdengkur ke tidak, pembersih ke tidak dan so on. Masing-masing bebas membuat pilihan. Istikharah mohon petunjuk ALLAH. Allah tahu yang terbaik buat hambaNYA. Jodoh akan tetap jadi rahsia ALLAH selagi belum terlafaznya kalimah sakinah tersebut.

Kenapa Niera pilih untuk berkahwin awal dengan pilihan keluarga Niera ini?

Jawapan Niera hanya ini :
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

16 000 Budak Comel:

Shasha Yacob Shasha Yacob said...

ya, saya setujuh kalau pilihan sendir, kalau tiada restu lain cerita lah.

Muhammad Syahmi Muhammad Syahmi said...

saya setuju sangat kalau kahwin ikut pilihan keluarga.

tapi keluarga saya je yang suruh cari sendiri.

Leeza dayasari [santai leeza] Leeza dayasari [santai leeza] said...

mak ayah tu lbh fhm kita.
bersyukur pd mrk yg msh ada mak dan ayah yg bisa membantu memilih.

The ShomeL TwinZ The ShomeL TwinZ said...

same dua2 tak kisah, sama ade pilihan sndiri @ family..
suka kawen awal, tp blum ade jodoh lg..

nabila nabila said...

setuju sangat3 . hehe comel la headers :)

Nurliyana Zulkifli Nurliyana Zulkifli said...

Assalam niera ^^ nice entry kali ni yana suka.. kalau pilihan keluarga InsyaAllah yana terima sbb nak nanti pilihan sendiri mungkin tidak .. hehehe.. teringat yg yana bc dlm mingguan wanita, pasal abg Ally da kak farah lee. Abg Ally cakap, kalau kawin pilihan family ramai org buat tak de org nak ckp ia kolot ^^

Nur Zulaikha Nur Zulaikha said...

yup..setuju sgt..tp x slah pilihan sndiri asalkan pndai memilih bagaimana pasangan kita :)
yg paling penting adalah restu dan doa dari kedua ibu bapa..

p/s:doakan sy dpt jodoh yg baik. :P

kYna 'cAnGgiH' kYna 'cAnGgiH' said...

setuju.. ibu ayah nak terbaik utk anak2, so dorg akan pilih yg terbaik utk kite, yg boleh menjge kite kelak :)

Nurliyana Zulkifli Nurliyana Zulkifli said...

Terima Kasih Niera ^^ http://dairihatiyana.blogspot.com/2012/11/naluriku-berkata.html

hasyimahshe hasyimahshe said...

tapi kalau kita pilih tapi dah tertulis bukan jodoh kita, tak jadi jugak ye tak..

Izzat Syahmi Izzat Syahmi said...

nice topic.. mmng cari2 topik cmni, wlwpn umo bru 20 tp bnd cmni pn kne ambk thu. tol x? em.. ape2 pun berserah pd Allah, Allah thu ape yg kite perlu, bkn ape yg kite mahu. :)

jgn lupe singgah jurnal sy,
http://www.jurnal-is.blogspot.com

✿A I N A A✿ ✿A I N A A✿ said...

betul tu sis.. my fiance pun pilihan my parents.. mula2 ena rasa tak suka sgt tapi now baru ena tahu kelebihan pilihan dari ibu bapa ni....

Fendy Fendy said...

bagus entri ni...

Hafizah Zainal Abidin Hafizah Zainal Abidin said...

kalau saya nk nikah nanti , saya nak pilih lelaki pilihan sendiri n pilihan ibu ayah jugak . sebab kalau dapat lelaki pilihan sendiri n pilihan ibu ayah , mesti saya boleh happy dgn pilihan saya . ibu ayah pon happy gak dgn pilihan mereka . hihi . tapi yg paling , suami saya boleh bimbing saya ke jalan yg lurus :")

Mk Syahir Mk Syahir said...

tapi rasanya sekarang ni ramai dah parent pilih pasangan untuk anak dia..

restu tu yang paling penting :)

shafiq shafiq said...

pilihan keluarga atau plihan sendiri tak menjadi masalah sebenarnye , kalau calon nye itu lengkap dengan sahsiah diri plus dengan pegangan agama yang kuat , in sha Allah ~ semua nye bule jadi ,