Monday, 21 January 2013

10 Tips Persediaan Perkahwinan Buat Bakal Pengantin

Perkahwinan merupakan sesuatu yang indah. Impian setiap insan. Berbicara masalah cinta memang tidak akan ada habisnya, kerana Tuhan menciptakan manusia ini dengan Penuh Cinta sehingga manusia ini adalah makhluk hidup yang sempurna di ciptakan Tuhan di Dunia ini.

TIPS PERSEDIAN BUAT BAKAL PENGANTIN
  • Pasangan yang bakal berkahwin perlu tahu dan faham skop tanggungjawab masing-masing dalam memainkan peranan sebagai suami mahupun isteri. Kewajipan melaksanakan amanah tersebut adalah kewajipan dan menjadi tuntutan agama, malah ia akan dihisab di padang Mahsyar kelak.

  • Pasangan yang bakal berkahwin juga mesti mendalami ilmu agama secara berterusan terutama untuk bakal suami, kerana menjadi kewajipan suami kelak untuk mendidik isteri dengan ilmu agama. Jika tidak mampu, cadangkan dan doronglah mereka untuk menhadiri kuliah-kuliah agama. Jangan pula kita menghalang mereka daripada menuntut ilmu agama.

  • Perlu adanya satu ketetapan sebelum perkahwinan bahawa walau apa pun terjadi dalam rumahtangga (selagi tidak memudaratkan), maka jangan sampai ia melibatkan orang ketiga termasuklah kedua ibu bapa atau mentua. Berdepanlah secara lemah lembut dan berhikmah dengan pasangan, insyaAllah keharmonian rumah tangga menjadi habuan.

  • Perlunya pasangan itu memahami adat resam budaya tempatan pasangannya jika perkahwinan mereka berbentuk rentas budaya (cross-cultural). Sentiasa menghormati dan cuba salami dan asimilasikan adat resam budaya belah pasangan, anda tentu akan menjadi kebanggaan bakal mentua.

  • Keterbukaan dan perbincangan tuntas secara berterus terang mampu untuk memahamkan pasangan masing-masing jika bakal pengantin tersebut menghadapi masalah seksual. Kerana adalah lebih baik berterus terang dan bagi hak untuk diri pasangan memilih samaada untuk terus bersama atau sebaliknya. Jika hal ini hanya diketahui selepas berkahwin maka pasangan akan tertipu dan yakinlah implikasinya akan bertambah buruk.

  • Buat persediaan yang mantap dari sudut ekonomi. Tidak dinafikan Allah menjamin rezeki kita apabila sudah berkahwin. Ini juga sudah dinukilkan dalam lembaran kalamNYA. Namun janganlah pula tunggu sehingga masalah ekonomi memangkin kepada punca krisis rumahtangga. Sebenarnya sikap tanggungjawab dan berusaha paling penting. Yakinlah Allah tidak akan sia-siakan usaha kita untuk melakukan perkara yang disuruhNYA.

  • Kerjaya yang merujuk kepada pangkat. Pada hari ini menjadi kebiasaan wanita yang lebih bekerjaya mengahwini lelaki yang berjawatan biasa. Di sini sifat sabar pihak suami perlu dioptimumkan dan sifat ego pihak perempuan perlu diminimunkan. Hormatlah pasangan sebagai suami isteri nescaya kehidupan akan harmoni.

  • Kesihatan adalah faktor yang agak penting dalam proses pembinaan rumahtangga kerana penyakit kronik hanya akan dianggap menyusahkan pihak yang satu lagi. Jagalah kesihatan untuk orang yang tersayang. Jauhilah amalan merokok dan pemakanan serta gaya hidup merisikokan diri kepada penyakit kronik. Jika penyakit itu terjadi selepas perkahwinan kepada salah seorang pasangan, mereka perlu bersabar. Yakinlah Allah tidak akan menguji hambanya jika ujian tersebut tidak mampu kita tanggung.

  • Hiasi diri dengan akhlak dan perangai yang dianjurkan oleh Islam. Tunjukkanlah sikap-sikap yang mahmudah dan elakkan bersifat mazmumah.

  • Cubalah belajar untuk berkomunikasi dengan cara yang betul. Hampir 80% kegagalan rumahtangga berpunca dari masalah komunikasi. Krisis ini muncul apabila pasangan mendapati dirinya tidak difahami oleh pasangannya dan ini akan menimbulkan rasa tidak diambil berat lantas mencetuskan pemberontakan dalaman.





12 000 Budak Comel:

Nazurah Zurah Nazurah Zurah said...

Nice tips :)

# http://www.fatinnazurah.my/2013/01/artwork-mixture-color-of-painting.html

Kusyt.D.Luffy Kusyt.D.Luffy said...

teruskan entry yg bermanfaat..
InsyaAllah, bergerak pahala..

Nadia Johari Nadia Johari said...

memg kne ade persediaan seblum kwin..atau nk jadi suami isteri ni..supaya rumahtgga aman dan damai..kalo kwin sebb nafsu..x taula//

✿A I N A A✿ ✿A I N A A✿ said...

terima kasih tips ni, nanti ena dah nak kahwin boleh beware itu ini.. hehe

Miss Zahirah Miss Zahirah said...

trima kasih utk entry ini..
nice sharing.. ;)

The ShomeL TwinZ The ShomeL TwinZ said...

entry yg baik utk semua, tq sis :)

nur naa'irah nur naa'irah said...

salam..good entry..>niera, cantik blog..blogger edit ea??<..:)

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@nur naa'irah ALHAMDULILLAH, EDIT SENDIRI :)

hazwan hairy hazwan hairy said...

tak sabar lak nak khwin..haha

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

wah..ni yg xsbr nak khwin ni hehe

Fienazzuki Fienazzuki said...

Nice entry!!

Afiqah Alias Afiqah Alias said...

good!