Thursday, 24 January 2013

Review Novel #2 : Novel Kampung Girl

Review Novel Kampung Girl pula ! Niera sebenarnya tak pernah beli/ baca tapi tertarik dengan novel ni. Dan kalau nak tahu, akan datang [mungkin september 2013] akan wujud dalam bentuk drama. Tu yang nak baca sangat tu !



Sinopsis:
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!”Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!”Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…”Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Rasa macam nak baca online je sebab jimat pun jimat ! heee :D



14 000 Budak Comel:

Cik Fie Cik Fie said...

hahaha . macam syok je novel ni . XD

Cik Wieda Cik Wieda said...

ngee , baca novel kat online jimat pun jimat . xD

inche hlovate inche hlovate said...

dah baca:) best novel ni..beli la

Nik Ainaa Nik Ainaa said...

Ina dah baca novel ni. memang best! sweet je Ainnur dgn Ashraf Khairi. tapi drama yg bakal ditayangkan tu fizz fairuz yg berlakon. xsuka lah dia... ;(

#drama adaptasi yang hot sekarang setia hujung nyawa. lepas ni sehangat asmara kut ;D

diana diana said...

sama je macam drama2 lain yang tiru novel..heheh

Jannah Rusdi Jannah Rusdi said...

dah baca dah novel ni ! memang seronok gila lah ^^ 1 hari dah abis ~ waktu habis baca tu , dok nangis xD hehehe! feeling~

Sally Yatiey Sally Yatiey said...

Macam best novel ni ;D
Lakonan Nad Zainal kan drama ni nanti? ;)

Sheila Eiman Sheila Eiman said...

WAH... best :)

nadia nadia said...

Bisa kalau kat blog, penulis takkan publish sampai bab akhir..

Be honestly, novel ni biasa2 je bg nadia.
Jalan cerita lebih kurg sama mcm novel yg ada. Pengolahan penulis ni tak boleh nak tarik minat Nadia bc novel ni sampai habis.

That y nadia tak habis bc novel ni. :)

Yana Zulkifli Yana Zulkifli said...

macam best, ^^ nak baca jugak laaa..

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

wah best hehe

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

done white

Fienazzuki Fienazzuki said...

Macam best ja

Afiqah Alias Afiqah Alias said...

dulu blog title akak kampung girl la..tp b4 tajuk novel nie published..