Wednesday, 2 January 2013

Tangguh Semester Demi Suami?



Assalamualaikum. Entry sedih. Entry luahan rasa. Okay, fine ! Sekarang tengah rasa sangat-sangat jatuh. Allah tempat meluahkan segalanya. Tapi Niera rasa Niera perlu bagi tahu terang-terang kat sini tentang kenyataan tajuk entry Niera kali ini. Buat yang mengenali Niera, Niera harap ini kali terakhir anda bertanya soal ini. Niera sangat-sangat tertekan sebab asyik ditekan dengan soalan ini sejak sebulan lepas sehingga ke hari ini. Harap Maklum. 

"Betulke Mun tangguh sem sebab nak ikut suami ke mesir?"
"Rindu suami sampai nak tangguh sem ke?"
"Betulke?Betulke?"
[Dan pelbagai soalan lagi yang lain lafaz tapi maknanya sama]

Allahuakbar. Tolong faham keadaan Niera. Jangan tanya soalan sebegini. Please. Niera tak nak dengar dah ! Please. Siapa yang sebarkan maklumat ini, Niera sangat merayu 'tolong hentikan cerita anda' ! Niera manusia, punya hati, punya rasa rindu, punya rasa marah. 


Tanyalah siapa sahaja, takkan ada yang sanggup berpisah dengan suami/isteri selama 2 tahun tanpa jumpa sekalipun ! Dan ini pengorbanan kami berdua untuk harungi semua ni bersama dan buktikan kepada semua orang bahawa kami boleh berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Bercinta selepas nikah pilihan kami. Berkenalan lepas nikah pilihan kami. Wallahi, kami rasa erti bahagia. Kini kami jauh. Hampir genap 2 bulan kami sah sebagai pasangan halal, kami teruskan pengajian kami. Niera di Malaysia dan suami terbang ke Mesir dengan harapan bahawa kami boleh saling menguatkan dan sama-sama berjaya dengan pencapaian yang sangat baik. Dan kini dengan kemudahan facebook, telefon, skype kami masih berhubung. Cinta kami kuat dan Niera yakin itu adalah untuk selamanya. Ameen.

Niera mohon kepada semua, doakan baik-baik untuk Niera dan suami . Soal tangguh semester tak pernah wujud. Tak pernah dibincangkan oleh kami. Tolong jangan sebarkan lagi hal ini. Tolong ! Makin ramai yang bertanya kebenaran tentang ini dan Niera ucapkan terima kasih kerana anda bertanya dulu dengan Niera. Kepada penyebar cerita, walau siapa pun anda, Niera mohon. Tolong hentikan. Niera rasa Niera dah jelaskan kat sini sejelas-jelasnya. Harap faham. Kata-kata anda ibarat doa. Cukuplah Niera merasakan pengorbanan ini banyak ujiannya. Jangan ditambah-tambah dengan cerita tak benar ini. Niera & suami akan habiskan pengajian kami sehingga ke titik yang terakhir. Niera kini sudahpun di semester 3, berbaki 5 semester lagi. Suami di semester 5, berbaki 3 semester lagi. Segulung ijazah pasti ada ditangan kami dengan berkat izinNYA. Masa semakin pantas berlalu, namun adakah kita menggunakannya sebaik mungkin? 

#Impian 2013, Niera nak sampai ke bumi mesir melawat suami. Jika diizikanNYA. Sedang mengumpul duit, namun itu ketentuanNYA. Jika DIA memberikan peluang. Sampailah Niera ke sana. Doakan juga untuk Niera. 
#Jom klik churp-churp + nuffnang Niera. Mana tahu ada rezeki lebih :')


36 000 Budak Comel:

✿A I N A A✿ ✿A I N A A✿ said...

siapalah yang buat mulut ni... siapa yang sanggup berpisah dengan suami/isteri sendiri.. apapun, ena doakan hasrat niera tersebut di makbulkan oleh Allah.. amin

Sue PeLik Sue PeLik said...

semoga tabah menghadapi dugaan yang berat ini :)

nur naa'irah nur naa'irah said...

salam..tabah hadapi ujian ALLAH..smg ALLAH permudahkan..amin..:)

ainil fazieda ainil fazieda said...

org mmg xsenang tgk kita senang . bnyak2 bersabar ye kak .

huda huda said...

sabar ok niera, =D

Nurul Aini Nurul Aini said...

SubhanaAllah, kesian niera..Saya faham macam mana rasanya. Tidak wajar, bila ada orang berkata atau meyebarkan perkara sedemikian tanpa bukti yang kukuh. Sabar ye niera, InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan niera.

Cik Mimey Cik Mimey said...

kisah yang sangat indah..semoga berjaya dan berkekalan hingga akhir hayat

Nabihah Ahmad Nabihah Ahmad said...

sabar ea akak.. manusia memang suka sebarkan benda yg sensitif dah hot-hot ni. Semoga kak niera sentiasa tabah mengharungi segala dugaan =')

Cik Gitar Buruk Cik Gitar Buruk said...

akak niera, awk kene banyak an sabar aw. ALLAh always by ur side, dont worry :)

Afiqah Alias Afiqah Alias said...

Biarlah mreka berkata2, mereka tidak tahu apa2 tentang diri mun, kisah mun dan semuanya serahkan pada Illahi.

husnuzon ea mun..maybe diorg care kat mun laa sbb 2 diorg brtanya..scara x tersengaja tlh buatkan spekulasi sendiri..tanpa diorg sedar.

nabila azmi nabila azmi said...

suami awk study mane?=)...semoga kuat tau=)...insyaallah...

Alya Humaira' Alya Humaira' said...

sabar yea...^_^

aku HaniAsyira aku HaniAsyira said...

moga Allah sentiasa melindungimu dan suami.. Insha Allah semuanya baik2 saja kan =)

nur hafiza nur hafiza said...

Semoge Hasrat Tercapai..:)
Lepas ni kite kumpul duit banyak-banyak tau sayang nak kesane....:P

Sue Echan Sue Echan said...

semoga Allah permudahkan segalenye...

^^eKaTiKaH^^ ^^eKaTiKaH^^ said...

mudah-mudahan Allah permudahkan semua urusan kak Niera dan suami :)

Nurul Najihah Nurul Najihah said...

Sabar ye sis ~

In Shaa Allah : Allah akan menguji hamba-hambanye y sangup tempuhi ujian tuu :

Pekak kn telinga , jgn peduli ckp owng . Najihah doakan sis berjaya .Amin !

BaiYah BaiYah said...

semoga berjaya..kawan saya pom ade macam tu..dia di mesir n suami kat mesir..semoga terus tabah..@_@

hazwan hairy hazwan hairy said...

abaikan ja mereka2 tu...

anis scha anis scha said...

mulut orang, susah nak tutup. semoga kekal hingga syurga :) sabar dengan setiap dugaan yang allah berikan :)

Cik Wieda Cik Wieda said...

AMIIN , semoga kak niera dan suami sabar dan harungi dugaan nie dengan hati yg terbuka :)

Sheila Eiman Sheila Eiman said...

bersabar ya kak niera... ujian dari Allah... :)

Leeza dayasari [santai leeza] Leeza dayasari [santai leeza] said...

biarkan apa org kata. kehidupan awk, awk tentukan. buat keputusan yg terbaik utk diri awk. mrk tidak berada di tempat awk, mana mungkin mereka fhm... itu yg mampu dikatakan.

Seneorita Baharin Seneorita Baharin said...

salam dear...Sabar, itu semua dugaan dr Allah swt..Semoga niera kuat utk mnghadapi dugaan ini...Be strong! Good luck in ur exam..May Allah bless u dear..

Hanif Idrus Hanif Idrus said...

Ini semua yang terbaik utk masa hadapan..

Diera Tekikushika Diera Tekikushika said...

Niera nak pergi Mesir? Bestnya! tgok tmpt org... In sha Allah, ada rezeki dapatlah tu...

hanimyusra hanimyusra said...
This comment has been removed by the author.
hanimyusra hanimyusra said...

sabar ya niera..

biasalah..manusia...akan cakap apa saja kalau mereka tak tahu..

bagus juga niera clarify kat sini...
spaya depa berhenti mengata yang tidak2...

moga niera sentiasa kuat!
dan moga impian niera untuk sampai ke bumi mesir tercapai..insyaAllah!

zafiRah zafiRah said...

takpe..jarak tu kadang-kadang boleh kuatkan lagi sesuatu perhubungan ^_^ makin hari makin sayang.
insyallah pejam celik dah dua tahun boleh jumpa balik dan takkan jauh lagi..sweet kan heheh.

cci cci said...

bila da kawen ni.. mmg banyak rintangannya.. jd kena banyak bersabar.. :)

Eyqa Hasnan Eyqa Hasnan said...

Sabar ye akak ? Biasa laa tu orang yang suka buat cerita . Tak apa . InsyaAllah ada rezeki untuk akak terbang ke sana :)

Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa said...

tabah niera..insyaallah allah bersama-sama kita..bykkn doa..biaslaah manusia pstia da yg tak senangh tgok org lain bhgia..apapun kita doakan mereka insaf dn sedar dgn keslipan sndr..fokus on u study n semoga dpt terbang ke mesir suatu hari nnt..insyaallah..D:

Nurul Filzah Nurul Filzah said...

sabar banyak-banyak ye kak.

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

sbr ya niear sha tlg niera kumpul duit terbang ke mesir :) jumpa husband tercinta hehe

iejah iejah said...

akak kna kuat semangat dan sabar..mulut orang ni kita tak boleh nak tutup... akak saya sedang mengalami hal yang sama, suami kerja jauh dirantau orang dan hujung tahun jer baru jumpa..itupon kalau suami dia tak sibuk sebagai pendakwah.rindu? surelaa, selalu nmpak akak sy tu monyokk kdg2 tapi dia memang seorg perempuan yg kuat smpaikn saya tabik dgn personaliti dia... sharing is caring.:)

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ ~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

biasa la mlut org..xberhnti2..huhu..dila tahun lpas tangguh 1 thun belajar utk ikut suami bljr jordan..mcm2 org ckp..tp dila xmnyesal..mmg cita2 nk bljr sana,tp xdpt..so ikut suami n jd suri rmh 1 thun kt sna sgt2 hepi..blh timba pngalaman jln2 sna dan jd suri rmh spnuh masa..skrg dh blk mlysia dh smbung bljr sni blk..org pun dh xckp ape2 dh:)

eh,trpjg plk..huhu..btw,singgah sni:)