Thursday, 28 February 2013

Pelajar Tingkatan 1 Pulangkan Wang Tercicir RM37,500

SUNGGUH MULIA HATI PELAJAR INI, ALHAMDULILLAH. 

BATU PAHAT – Seorang pelajar tingkatan satu sanggup mengayuh basikalnya sejauh 200 meter untuk mengejar sebuah kereta dipandu seorang wanita untuk memulangkan semula beg tangan mengandungi S$15,000 (RM37,500) yang tercicir.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, Amir Azizan Hashim, 13, mengakui tindakannya itu didorong oleh pesanan ibu tersayang supaya memulangkan kembali setiap barang yang ditemui kepada pemiliknya.

Menurutnya, beg tangan itu terjatuh di tempat letak kereta di sebuah pasar raya setelah wanita terbabit meletakkan beg tangan berkenaan di atas bumbung kereta sebelum meninggalkan lokasi, dipercayai untuk pulang ke Singapura.

“Saya tetap ingat pesanan emak, jika terjumpa barang orang kena pulangkan, kalau boleh beri pada pemiliknya. Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu. Ketika itu saya sedang membeli surat khabar berhampiran sebuah pasar raya yang terletak di Taman Soga.

“Saya menaiki basikal dari rumah yang terletak berhampiran pasar raya itu sebelum ternampak seorang wanita sedang menaiki kereta jenis Nissan berwarna hitam dan beg tangannya berada di atas bumbung kereta.

“Saya percaya wanita berusia lingkungan 30-an itu tidak menyedari beg tangannya berada di atas bumbung kereta sebelum dia terus menggerakkan kenderaannya dan berlalu dari situ,” katanya kepada Sinar Harian.

Amir berkata, sebaik beg tangan wanita itu terjatuh, dia segera bertindak mengambil beg tangan berkenaan dan terus memeriksa kandungannya seterusnya mendapati satu sampul surat mengandungi wang tunai Singapura, dokumen pengenalan diri dan seutas jam tangan.

“Ketika memeriksa beg berkenaan, saya mendapati terdapat satu sampul surat yang mengandungi wang tunai dollar Singapura selain pasport dan seutas jam tangan dipercayai milik wanita terbabit.

“Saya terus mengayuh basikal mengejar kereta berkenaan untuk memulangkan semula beg tangan miliknya. Alhamdulillah saya dapat mengejarnya ketika di simpang jalan seterusnya memulangkan kembali beg terbabit,” katanya.

Beliau berkata, terharu dengan keikhlasannya, wanita terbabit beberapa kali mengucapkan terima kasih dan menghulurkan sejumlah wang sebagai sagu hati kepadanya.

“Saya tidak menerima wang berkenaan kerana teringat pesanan daripada ibu dan ayah yang kerap kali menasihati saya untuk tidak menerima apa-apa pemberian daripada orang yang tidak dikenali. Wanita itu bertanya beberapa maklumat diri saya antaranya alamat sekolah sebelum dia berlalu pergi dan saya terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibu dan ayah.

“Emak puji tindakan yang saya lakukan dan menasihati saya untuk meneruskan sikap sebegini pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran berkata, sikap yang ditunjukkan pelajar sekolahnya yang bertindak jujur memulangkan semula wang dan beg tangan berkenaan sangat dipuji.

“Wanita terbabit menghubungi pihak sekolah beberapa hari selepas kejadian bagi memaklumkan berhubung keikhlasan Amir yang sanggup memulangkan wang miliknya sebanyak S$15,000 (RM37,500).

“Kami seluruh warga sekolah sangat berbangga dengan tindakan Amir yang diharap dicontohi pelajar lain bukan saja di sekolah ini, tetapi di sekolah lain di seluruh negara. Sebagai penghargaan, pihak sekolah beri sijil kepada Amir bagi menghargai tindakannya,” katanya.

[Sumber]

23 000 Budak Comel:

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid said...

jujur budak ni...bagus... kalau orang dewasa nak jumpa yang jujur tu mungkin ada...tapi payah... disebabkan nilai yang banyak tu... hu hu hu...

haruslah kita mencontohi kanak2 ini...

hasnie adda hasnie adda said...

waaa . bagus nye budak ni . alhamdullilah . masih ad lg budak cam ni rupanya zaman sekarang :)

Cik Aida™ Cik Aida™ said...

bagusnye die, alhamdulillah.
dia selalu ingat pesan parents dia :)

Kila Lala Kila Lala said...

sejuk perot ibu mengandung....

Leeza dayasari [santai leeza] Leeza dayasari [santai leeza] said...

bangga ibu dan ayahnya.. serta guru2 yg mendidik budak itu telah berjaya menyerap nilai murni dlm diri budak itu.

huda huda said...

baguslah budak ni, ada sifat jujur....

Rahmad Mat Rahmad Mat said...

bagus klu ada anak mcm ni..

ieta ieta said...

Alangkah bagusnya jika ramai yang begini. akak tag aisyah dalam http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/02/segmen-siapa-blogger-bertuah.html

deno deno said...

alhamdulilllah.. bagus budak nih

Adib Site Adib Site said...

Bagus murid ini. Dia selalu ingat pesanan ibu bapanya.Didikan ibu bapa yang baik memamainkan peranan penting dalam membina sahsiah kepada anaknya.

Sikap amir ini patut dicontohi. ;D

SEO Entry: Masalah Kekeringan Idea Update Blog

Hanif Idrus Hanif Idrus said...

Tapi kasi 10 dollar ajer kedekut orang tu..hehehehhe
Tapi yang penting tak semua manusia seprti bidak ini..
Jumpa duit pulang balik..
Tanya diri kita pun cukup?

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

bagusnyaa budak ni.. mungkin dy juga tak tahu berapa mata wang duit tu.. apapun, semoga Allah bls jasa baik budak tu

Sally Yatiey Sally Yatiey said...

Jujurnya budak ni kan :) Orang lain belum tentu lagi akan memulangkan semula :D

Yun Syazwani Yun Syazwani said...

dye ingat pesan mak.. so sweet..

C.T.K C.T.K said...

budk tu pon xthu brape nilai duit tu..hehehe


*naseb baik budk tu yg jumpe, lau org yg x jujur, burn mcm tu je..huhuhu

my notes my notes said...

assalamualaikum ... satu dalam seribu pun blm tentu jumpa org yg bersikap camtu ...

Puteri Hana Puteri Hana said...

bagusnya die...dah dididik macam tu..sejuk perut mak mengandung

Sheqynne Hotloverzs Sheqynne Hotloverzs said...

bagus budak cenggini .. sejuk hati ibu dye ..

Nadia Johari Nadia Johari said...

bagus budak ni..patut dicontohi semua orng

Cik Wieda Cik Wieda said...

bagus la parents dia, alhamdullillah :)

Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa said...

alhamdullilah..smoga ramai anak2 kecil masa kini mcm dia..:)

Busyra Bt Takiyudin Busyra Bt Takiyudin said...

bagusnya dia.. alhamdulillah masih ada budak kecil mcm ni..

Cik Fie Cik Fie said...

bagus betul budak ni :)