Monday, 25 February 2013

Review Novel #11 : Novel Perempuan Lindungan Kaabah

Alhamdulillah, dapat juga beli novel idaman hati ni di popular jumaat lepas, dah habis baca dan wow ! sangat mengagumkan ! tahniah buat penulis, Hana Ilhami. Jom niera review sikit supaya korang pun akan beli jugak. Peminat novel pasti rugi kalau tak beli. 


Sinopsis
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.

Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir

“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” – Fareez

Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” – Hanan

Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

Pengajaran :
  • Sangat banyak ! tajuk novel pun dah menggambarkan novel ini sarat dengan dakwah.
  • Mengajar kita erti ikhlas dan redha dengan takdir [seorang ustazah berkahwin dengan seorang kaki botol, kaki perempuan, kaki clubbing]
  • Mendidik jiwa agar sentiasa memaafkan insan lain [walaupun kita dah difitnah dengan seteruk-teruk fitnah]
  • Saling tegur-menegur demi kebahagiaan rumah tangga.
  • Sabar adalah kunci kbahagiaan.
  • Menerapkan dalam diri kita unsur setia kawan.
Nak tahu lebih lanjut? Baca novel ini ! Eh, esok nak amek baucer la. Kawan-kawan semua dah amek, apa salahnya amek lewatkan. hihi. Assalamualaikum :)


13 000 Budak Comel:

Aina Sofea Aina Sofea said...

Macam best ajee . Nanti nak beli lar ^_^

hazdnul shafina hazdnul shafina said...

pernah jumpe tp tak beli..hehhee... :D

Sally Yatiey Sally Yatiey said...

Macam best je novel ni ^_^

nina nina said...

bes ni..ksah cmni..,tpi kn mcm pnah bce la..heee..:)

Hanif Idrus Hanif Idrus said...

Sinopsis yang baik..
Tapi tak minat baca novel..baca sinopsis sahaja..hehehe

✿A I N A A✿ ✿A I N A A✿ said...

roomate ena ada buku ni.. bolehlah baca2 time tengah free.. hehehe Tapi kena take time nak baca sebab kena tunggu mood datang.. ngeeeeeeeeeeeee

C.T.K C.T.K said...

agama yang pertama...klau jupe, nk try bce lah..mcm best plak :D

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

baca sinopis dah tau best hehe..gud trying niera

Nadia Johari Nadia Johari said...

sempat bc novel..sempat blogging..bgus..

Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa said...

insyaallah nk baca....mcm best je..:

Cik Fie Cik Fie said...

wah . nampak cam best je :)

Anis Hayati Anis Hayati said...

wah, nmpk cm best je
nk lah carik novel nie
thanks for sharing, kak

Sharifah Iris Syed Iskandar Sharifah Iris Syed Iskandar said...

Iris dah baca dah novel ni (y) sangat seronok! Walaupun cerita2 kawin paksa ni dah jadi macam typical stories, novel ni ada lain sikit ;)rugi tak baca tau :3