Saturday, 2 February 2013

Review Novel #6 : Novel Maid

Kali ni Niera akan review satu novel yang telah lama niera beli dan baca. Alhamdulillah. Seronok baca karya Suri Ryana ni. Rasanya roomate Niera yang bagi tahu tentang novel ni dan bila baca, memang wow ! best ! 


Sinopsis:
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?



Niera dapat banyak pengajaran dari novel ni, ada babak yang sedih dan juga sweet. Paling sweet time Noorul dan Harris saling bertukar nota tu. Dapat bayangkan macam mana. hihi.
Jangan lupa dapatkan novel ni tau ! Ohh ya, sebelum ni ada yang tanya Niera ni peminat novel ke? Jawapannya, Niera ni memang peminat tegar dunia novel ! Bertimbun novel kat rumah ;)




15 000 Budak Comel:

Sakinah Sakinah said...

Sakinah pon dah baca jugak !! Best kan akak?

Eyqa Hasnan Eyqa Hasnan said...

eyqa dah baca and memang the best laa . suka sangat dapat baca novel nie .

Amanina Amanina said...

saya pun dah baca jugak novel maid ni. best sangat! :D

Nana Dmnhuri Nana Dmnhuri said...

salam kenal...
akak pun dah baca novel ni,novel dari suri ryana mmg best isteri separuh masa pun ok dan terbaru akan keluar april ni PISA(playboy itu suami aku)

timm_bill timm_bill said...

macam citew adam hawa pulak..

hazdnul shafina hazdnul shafina said...

dah lame tak baca novel.. :( ngadap buku tebal2 je skrg..huhu.. t cari jugak lah novel ni..hehe

Seneorita Baharin Seneorita Baharin said...

wow macam best ja citer novel neh..belom baca lg.kena p cari neh..heee

Sally Yatiey Sally Yatiey said...

Novel ni dah baca. Serius besttt! ;D

Cik Wieda Cik Wieda said...

peminat tegar novel jugak !! tapi , ibu suruh stop dulu , sebab tahun nie SPM :'(

Nao Mei Nao Mei said...

minat novel gak...sayang lom baca yang nie lagi..huhu

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa said...

yala..best ni sinopsis hehe

Anis Hayati Anis Hayati said...

salam, kak
oh novel nie mmg best
saya pon ade novel nie
byk kali ulang bce

Marlina Mohtar Marlina Mohtar said...

nampak menarik =) nak dapatkan lah hihi...

akak pun peminat novel terutama karya Ramlee Awang Murshid

Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa said...

pinjam sat novel ni..boleh?ahahhahaa

RadhiahIlyas ッ RadhiahIlyas ッ said...

novel ni mmg bes ! :)