Saturday, 2 February 2013

Review Novel #7 : Novel Seharum Kasih

Novel ni sangat lama rasanya Niera khatamkan. Niera beli tahun 2007 a.k.a semasa Niera tingkatan 3. Lepas PMR terus baca novel ni. Konon dah merdeka lah time tu kan, lepas tu start baca novel. Banyak juga beli. Dalam 20 buah novel buat pertama kalinya. heee :D so, nak share sikit la pasal novel ni. Novel ditulis oleh penulis yang best iaitu Aina Emir. 

Sinopsis :
ANEHNYA cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata?

Sayang sekali... gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka.

Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!


Dapatkan novel ini untuk tahu seterusnya. Tapi mungkin novel ni dah bertukar wajah kot, sebab bila Niera google gambar novel ni, da ada gambar design lain. Bagi niera, niera gambarkan Rasya ni lawa sangat sebab Rasya ni campuran melayu perancis. Mak ayah dah bercerai dan sejak itu dia dijaga oleh atuk dan opah di kampung gajah perak, loghat perak memang pekat. kalau niera, memang faham la sebab niera anak perak. Muka rasya je ala-ala pan asian, tapi jiwanya sangat melayu ! tu antara penarik dalam novel ni. Agak-agak kalau novel ni pun didramakan, siapalah pelakon nya kan? hihi
 

10 000 Budak Comel:

~Apam Gemok~ ~Apam Gemok~ said...

best gila novel nie ! :)

Nao Mei Nao Mei said...

akak pun minat gak ngan novel nie...rasanya akak ade novel nie gak...hihi

Amanina Amanina said...

saya pun dah baca novel ni gak. masa saya form 2/3 kalau tak silap. heeee. best sangat novel ni :D

Fienazzuki Fienazzuki said...

Fienaz pun suka gila novel nie
Best!
Dah baca 4kali dah
My boy pun sangkut sekali

Hana Jalil Hana Jalil said...

Suka baca novel nih :D sampai luncai dh buku nye. :D

Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa said...

lyeen pernah baca novel ni..tp dah lupa time tu bila..tp mmg best la..:D ehhee..bila baca novel tersa mcm diri kita ad akat dalam..ahaha

nur azian nur azian said...

dulu penah gak baca novel ni :)

Cik Wieda Cik Wieda said...

memang tegar betul kak niera nie :)

nadia nadia said...

Dah pernah baca novel ni tp x ingat sgt jln critanya.. :)

Nadia Johari Nadia Johari said...

x penh lagi bc novel ni..hehe..kurg bc novel..cume pilih yang mn best je bru dapt bc..