Monday, 11 February 2013

Review Novel #9 : Novel Suami Yang Kubenci

Novel ini pernah dibeli oleh roomate dan ini novel pertama yang dia beli dan ternyata sangat best ! Novel ini juga menjadi salah satu yang menduduki carta teratas dikedai-kedai buku. Niera kongsikan sinopsis dari kulit buku. 


Sinopsis
Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencu...cuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.

"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?
-----------------------------------------------------------------------
Mula-mula baca lagi dah boleh buat muka ceria dengan aksi bersahaja pasangan ini. Sangat-sangat kelakar. Dengan kehdiran watak ibu Uwais yang sangat sempoi menjadi salah satu penarik novel ini. Niera beri novel ini kepada suami dan mula-mula suami tengok tajuk, mcm lain mcm je muka dia, bila dah baca, dia pun gelak jugak. hehe. paling best kot ! Happy ending :)


12 000 Budak Comel:

Miss NR Miss NR said...

Hahaha..lawaklah ayat Kak Niera. Hahaha! Terbaik :D

Aina Sofea Aina Sofea said...

Macam menarik je :D Nak try beli lar :D

Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa said...

terbaiklah niera..hahaha:D
pinjam boleh..

p/s: Boleh tolong Lyeen LIKE kan gambar dkt FB. Ada dalam entry ni
---> http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2013/02/minta-bantuan.html

RadhiahIlyas ッ RadhiahIlyas ッ said...

Hehehe mcm best je :)

RadhiahIlyas ッ RadhiahIlyas ッ said...

Hehehe mcm best je :)

\\ Tqah Jihah // \\ Tqah Jihah // said...

Best gile novel nie . Seriously ! Tak tipu . Btw , bw here :)

ciksengeh :D ciksengeh :D said...

saya nak cadangkan akak baca novel karya jemari seni ! sangat best karya2 die .. yg paling saya minat novel jaja dan din . kalau akk dah baca , jangan lupa review tau .. hehe :D seronok kalau ramai2 baca novel mcm tu ..

Anis Hayati Anis Hayati said...

menarik gak citer nie
thanks share kak :)

Nyamuk Terbang Nyamuk Terbang said...

boleh beli nie...tapi kiter xder suami lagi nie..leh tak kak??hehe

Nadia Johari Nadia Johari said...

bnyk novel best sekrng..cinta kontrak pun x hbis lg bc

Sya Isya Sya Isya said...

novel ni memang best. paling suka watak ibu uwais tu lah. rock habis :D

Cik Fie Cik Fie said...

cam best je . nak beli la . hehe :)