Thursday, 7 February 2013

Tazkirah Jumaat #4 : Qiamullail

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)

Makna 
Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

Sejarah
Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10).Namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi sunad muakkad bagi setiap umat Islam. Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (Lihat surah al-Muzammil 20)

Hikmah
  • Meningkatkan keimanan individu
  • Meninggikan darjat disisi Allah
  • Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
  • Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
  • Melatih diri menjadi insan bertakwa
  • Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
  • Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
  • Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
  • Melatih diri mengharap keredhaan Allah
  • Memberi ketenangan jiwa (emosi)
  • Memberi kesihatan (fizikal)
  • Menajamkan akal fikiran
  • Meneguhkan kekuatan rohani
  • Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.
  • Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap) kepada Allah .

Kelebihan
  • Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
  • Tenang hati dan fikirannya
  • Dimurahkan rezeki
  • Dihormati masyarakat
  • Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
  • Jika dia pemimpin ,dia akan disegani

“Sebaik-baik solat selepas solat fardu ialah solat pada waktu malam.” (Hadis riwayat Muslim)



Susah bangun malam? Niera share panduan untuk bangun awal :)

8 000 Budak Comel:

Adibah Nabilah Adibah Nabilah said...

insya Allah.. sama2 kita usaha untuk bngun mlam :)even susah plg kurg pun sminggu sekali kan??? entry yag bermanfaat aisyah :) keep in touch

Cik Fie Cik Fie said...

nice info

Nur Fahz Nur Fahz said...

Assalamualaikum..entry yang bagus utk memulakan hari yang penuh berkat.Salam Jumaat Adik :)

~cik atin~ ~cik atin~ said...

qiamullail. kunci kekuatan muslim. moge kite diberi kekuatan untuk mengamalkannya :)

Hidayatul Afzam Hidayatul Afzam said...

Entry yg menarik. :)

Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa said...

alhamdullilah...cpt2 share tips mudah nk bangun niera:D

Paly Paly said...

nak bgn susah sb takleh nak tdo awal, huhu

BaiYah BaiYah said...

InsyaAllah..sama-sama kita memanfaatkan malam kita..