Saturday, 27 April 2013

Berkahwin Dan Bercinta Kerana Allah

Cakap bab cinta, semua orang suka. Semua orang bahagia. Siapa tak suka? Ianya fitrah bukan? Macam Niera, dapat berbual bersama suami adalah antara hal yang terindah dalam hidup. Kami bukan seperti insan atau pasangan suami isteri yang lain, yang mana hampir setiap masa bersama. Kami jauh beribu batu. Diuji dari awal perkahwinan, namun alhamdulillah masih utuh kuat sehingga kini. Niera suka bila bergayut dengan sang raja hati, banyak nasihat dilontarkan, banyak harapan dan idea dicurahkan. Suami tanya, kini kami bercinta selepas kami sudah berkahwin kerana apa? Mengapa pilih untuk berkahwin dan kemudian bercinta? Jawapannya hanya satu, kerana Allah. Jatuh hati terus dengan jawapan suami. I love you ! ;)

Mengapa kerana Allah? Kerana semua yang kita lakukan apabila ianya bertujuan kerana Allah atau mencari keredhaan Allah, pasti ianya berpahala. InsyaALLAH. Maka, lakukan semua perkara hanya kerana Allah. Sentiasa perbaharui niat dan muhasabah diri. 

Sesungguhnya, aku bersyukur dikurniakan suami sesoleh dia. Yang sentiasa mengingatkan aku padaNYA. Yang sentiasa menegur setiap salah laku ku. Aku bahagia. Aku redha andai kami berpisah sementara demi menuntut ilmuMU. Ujian ini menjadikan aku matang dan semakin mengenali sikap suamiku. Engkau beri yang terbaik buatku. Sungguh, aku mencintainya keranaMU

#menanti 60++ hari lagi ke Mesir....


12 000 Budak Comel:

roslita thalib roslita thalib said...

semoga niera sentiasa bahagia di samping suami tercinta :) sweet je tenguk kamu berdua.... pasangan yang bahagia.

Sukma Haron Sukma Haron said...

bercinta selepas berkahwin manis...redha dengan jodoh kita...

Rara Nasiha Rara Nasiha said...

Manisnya. Moga kekal hingga ke akhir hayat :)

nur naa'irah nur naa'irah said...

salam..alhamdulillah..smg cinta kalian hingga ke jannah..in shaa ALLAH..:-)

maria firdz maria firdz said...

Jika semuanya krna Allah pasti berpahala... Khwin juga stau ibadah... Moga terus bahagia niera hgga akhir hayat... :-)

Hanif Idrus Hanif Idrus said...

Semoga percintaan anda terus mekar bersama suami....
2 bulan lagi ke Mesir yek

Tihara Tihara said...

sebenarnya dugaan macam ni ada manisnya, insha Allah..moga kekal bahagia di dunia dan akhirat :)

Ainim Suju Ainim Suju said...

Semoga Niera dan suami kekal hingga ke syurga ye. Harap saya pun akan bertemu jodoh yang selayaknya saya

Anies Wahab Anies Wahab said...

cinta seperti ini yg saya harapkan. kak Niera doakan semoga sy dan dia berjodohan yea? semoga, semuanya krn Dia :)

baby comel baby comel said...

moga terus kembang dan mekar cinta itu ye.. bahagia melihat awak bahagia niera. bercinta selepas kahwin, pasti indah kan..

Shida Radzuan Shida Radzuan said...

inshaallah setiap ujian yg dberi krna allah tlalu syg hambnya itu :)

Cik Fie Cik Fie said...

bercinta selepas berkahwin lebih indah :)