Sunday, 14 April 2013

Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??

Siapa pernah jadi guru? Saya ! Saya ! Rindu pula gelaran Ustazah Munirah. Heee ;)  Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??


  1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. 
Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. 
Kalau kita tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. 
Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table). Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
  1. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. 
Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. 
Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Pernah tak kita dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu kenalah komited.
Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
  1. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya?
Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"
Gila kau.........
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
  • Terapi melepaskan tekanan (stress)
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). 
Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. 
Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. 
Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
  • Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan saya yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu saya carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru :)
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Saya : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Saya : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Saya : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Saya : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Saya : Amboi kau.
  • Penampilan.
Kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. 
Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah cikgu itu
Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. 
Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. 
Jadi, bukan suatu masalah dan kita tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan....kan???

Tiba-tiba teringat Cikgu Lyeen yang comel tu. Untung siapa jadi suami dia ! Nak kenal? Jom kenal Cikgu Lyeen kat [sini] ! :)

share dari [sini]

17 000 Budak Comel:

Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa said...

hahahahha..eh...eh..lyeen pernah merasa 3 kali jadi cikgu untk praktikal...mmg kadg2 terasa nk kawen..ahaks!....insyaAllah..semoga jdoh yg baik2 ada utk Lyeen...:D

p/s: Ustazah niera pun beruntung encik suami kan..:D

~N!k nURfAt!hAH hARun~ ~N!k nURfAt!hAH hARun~ said...

nak sangat jadi cikgu...tapi tak lepas temuduga..haishh..kena tunggu lagi la...

Nur Zulaikha Nur Zulaikha said...

carikan saya seorg calon cikgu juga :)

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid said...

wah lepas ni ramailah para lelaki akan mencari cikgu sebagai pasangan hidup ni... ^_^ heee... morning dear...

вʋввℓɛ ρσρƨ вʋввℓɛ ρσρƨ said...

hahaa.. betul.. semua adik brdik semua jdi cikgu. hana nie, kmgkinan besar ikut jejak jdi cg jugak niee.

Hanif Idrus Hanif Idrus said...

Ada lagi...senang dapat loan..hihihi

Sally Yatiey Sally Yatiey said...

Untunglah siapa yang jadi cikgu ;D hehe

Anis Hayati Anis Hayati said...

saya setuju sgt2 ape yg akak ckp tu :)

^^eKaTiKaH^^ ^^eKaTiKaH^^ said...

betul semua yg kak niera ckp tu ^_^

aiin baharom aiin baharom said...

salam jempot join contest saye http://mamadarwiish.blogspot.com/2013/04/mini-contest-kira-batu-kristal-by-mama.html

Innanie | Ariffin Innanie | Ariffin said...

alaaa lepas ni kita lawyer turun harga ek??? :)

Condoriano Condoriano said...

Wahh terbuka mata bila baca entry ni, bagus juga ya kalau dpt pasangan guru ni.
By the way, saya datang dari blog cikgu yg comel tu melawat sini :)

tenku butang tenku butang said...

hidup berjadual, mantop!

Anonymous said...

Јust wіsh to sау your article
іѕ аs aѕtounding. Τhe clearness in your ροst is ѕimplу
gгeat and i can аssume you're an expert on this subject. Fine with your permission let me to grab your RSS feed to keep up to date with forthcoming post. Thanks a million and please continue the rewarding work.

Feel free to surf to my web page ... best omega 9

maria firdz maria firdz said...

hehe.. ea ke??? berjadual la sgt... kelam kabut je hidup rasa.. kerja sekolah bwa balik rumah...

Anonymous said...

I tгulу love youг wеbѕite.
. Very nice colοгs & theme.

Dіd you build this website youгself?
Ρlеаsе reply back as I'm looking to create my very own website and would like to find out where you got this from or just what the theme is named. Thanks!

Also visit my webpage: omega 3 6 9 capsules

Cik Fie Cik Fie said...

ya . betul tu :)