Friday, 21 June 2013

Tips Menjadi Isteri Solehah

Isteri solehah impian setiap lelaki. Kita sebagai wanita juga, turut mengimpikan gelaran isteri solehah bukan? Niera kongsikan sedikit, mudah-mudahan ianya menjadi panduan dan sama-sama kita berdoa semoga kitalah isteri solehah. InsyaAllah.



Tips Menjadi Isteri Solehah

  • Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring atas ribaan. Biasanya buat selepas solat, lepas tu usap kepala pasangan. 
  • Cuba masak apa yang pasangan suka. Walaupun mungkin tak sedap, tapi tak salah kalau kita sentiasa mencuba kan?
  • Temankan pasangan apabila dia melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
  • Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
  • Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin. Buat suasana yang sentiasa romantis.
  • Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.
  • Bila pasangan tak sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan umpama baru kahwin.
  • Beri tindak balas positif bila dengar pasangan bercerita atau membuat lawak.
  • Salam/peluk/cium pasangan sebelum pasangan mula bertugas. Hantar ke muka pintu dengan wajah yang ceria dan comel gitu. Senyum.
  • Jangan lokek mengucapkan terima kasih setiap kali pasangan membantu kita.
  • Mohon maaf segera andai terasa kita melukakan hatinya dan segera memaafkan jika si dia terlupa akan sesuatu untuk anda.
  • Ucapkan kata-kata rindu dan cinta setiap hati. Kalau boleh, puji pasangan sebaiknya.
  • Doakan pasangan bahagia di dunia dan akhirat. [tanpa pengetahuannya]
  • Cuba penuhi permintaan pasangan sebaiknya dengan perasaan ikhlas. 
  • Elakkan membebel yang berpanjangan kerana biasanya lelaki enggan mendengar bebelan yang mengarut. Harus diingat, bebel dan nasihat tidak sama.
  • Bila berselisih faham, elakkan mengungkit perkara lalu, cuba fokus pada masalah itu sahaja.
  • Percaya pada pasangan, jangan cemburu tidak bertempat.
  • Sentiasa berhias untuk suami, kekalkan kecomelan di mata suami hatta ketika berbantang sekalipun !
  • Didik anak dengan baik dan penuh kasih sayang dan terapkan didikan agama kepada mereka.
  • Pastikan rumah sentiasa bersih agar suami tenang bila berada didalamnya. Jadikan rumah sebagai syurga dunia buat suami.

InsyaALLAH, ini sebahagian tips yang boleh Niera cuba kongsikan. Selamat Pengantin Baru buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dan semoga kalian semua sentiasa bahagia dan didalam lambayung kasihNYA. Ameen.



22 000 Budak Comel:

Shakirah Rosli Shakirah Rosli said...

Bagusnya subhanallah. lepas ni kak niera doakan kite dpt jodoh yg baik ^^ dpt jodoh awl cam kak niera lagi bagus kan hihi insyaAllah. Alfun syukran kak niera ^^

nicosikura nicosikura said...

thanks atas perkongsian nie.. moga bermanfaat utk semua.. ^_^
indahnya perkahwinan..

Carlos Santiago Carlos Santiago said...

satu pesanan yg bagus.

Maria Firdz Maria Firdz said...

nice sharing... :)

Nur Adila Nur Adila said...

Terima kasih atas perkongsian kak ;)

mizi mizi said...

Nice info

deno deno said...

terima kaish... :) berguna utk masa depan deno :)

Miszyuyu Miszyuyu said...

hai sy dtg dr contest .. jom join! http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html

Melusuri Hidup Melusuri Hidup said...

panduan utk org cam saya yg masih bujang ... thanks

Shima Mazlan Shima Mazlan said...

nice info .. thanx niera .. insya'allah akn di praktikkan ..

Ain Dzaya Ain Dzaya said...

niera share la byk lagi tips kahwin..hopefully ain boleh guna kelak :)

Ain Dzaya Ain Dzaya said...

niera share la byk lagi tips kahwin..hopefully ain boleh guna kelak :)

imantizz_truper imantizz_truper said...

walaupun imantizz tak kahwin lagi,tapi semua nie boleh dijadikan panduan bila dah kahwin..^_^

Invisible Me Invisible Me said...

Moga sy dapat jadi isteri yg solehah.
Doakan sy dapat jodoh yg baik-baik. :)

Haruno Hana 하나 Haruno Hana 하나 said...

insya-Allah.. isteri solehah, suami soleh.. rumah tangga insya-Allah bahagia :)

Cik Fie Cik Fie said...

tips yang bagus ;)

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum dik. thanks sharing. insyallah akan diterapkan dalam rumahtangga akak :)

Anonymous said...

Mudah2an ad lg la wanita mcm ni

Cik Yaya Cik Yaya said...

perkongsian yang berguna ni kak ^_^

puteri airyn puteri airyn said...

Suatu perkongsian yang baik.. Terima kasih

Anonymous said...

Thanks :)

@inurISLAM @inurISLAM said...

ALHAMDULILLAH
MOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA
saya pun ada share beberapa tips isteri solehah
jemput ziarah my blog www.bintunzainuddin.blogspot.com