Monday, 8 July 2013

Hari-hari Sebelum ke Mesir

Alhamdulillah, dah lama betul tak update blog sejak sampai ke bumi Mesir. Wah, update blog dengan notebook yang sama di Mesir. Alhamdulillah, ye, Niera dah pun sampai ke bumi Mesir pada ahad lepas [30/6/2013]. Lebih kurang 13 jam perjalanan dari Malaysia ke Mesir. Niera share sikit ea pengalaman naik kapal terbang pertama kali dan Niera sorang-sorang! Beranikan diri jugak demi nak jumpa si kekasih halal. Niera naik Egyptair.


3 bulan sebelum tarikh terbang
Niera nekad untuk bercuti semester di bumi Mesir. Gunakan cuti sepenuhnya bersama si dia. Bincang punya bincang, suami Niera yang belikan tiket dari Mesir untuk Niera. Naik egyptair untuk ke Kaherah transit di Bangkok sejam. Ingat ! Kena tempeh tiket awal-awal. Senang nak buat proses seterusnya. Beli la barang-barang yang sepatutnya.

1 bulan sebelum terbang
Haa, time ni kena siapkan passport dan juga visa. Visa siap dalam tempoh 4 atau 5 hari la. Pastikan buat gambar ukuran visa ke Negara arab berlatarbelakangkan putih. Cakap je kat kedai gambar kita nak buat gambar untuk visa ke Negara arab. Passport buat kat Putrajaya. Cepat je siap. 1 jam dah settle. Bawak gambar siap-siap la. Mudah sikit kerja. Kalau macam Niera, visa tu Niera kena buat surat permohonan sebab Niera nak buat visa terus 3 bulan. Jangan buat surat dalam bahasa melayu pulak dan surat ni wajib buat kalau kita nak melawat Negara orang lebih dari sebulan.

1 hari sebelum terbang
Niera balik rumah Gombak sebab final exam dah habis ! Yeay ! Dan lepas tu kitorang terus balik kampung pulak kat Bidor,Perak sebab adik lelaki Niera yang sekolah asrama kat Perak ada dapat anugerah cemerlang kat sekolah dia, so decide terus dari sekolah dia and ke airport. Adik-adik Niera majority tak pernah pergi airport. Mak Niera pun cakap, kesian betul. Hehe.

Hari kemuncak
Tahniah buat adik yang dapat naik pentas 4 kali sebab banyak sangat nama dia kena seru naik pntas. Kali ke 4 tu dia buat lakonan, fuyyo, jadi hero melayu terakhir adik Niera. Hehe. Habis je majlis, terus pecut ke KLIA. Debaran jangan cakap la. Jam 9.55pm Niera akan berlepas. Kami sampai airport dalam jam 7.15pm. Itupun Allah datangkan ujian dengan tayar kereta storm ayah pancit, gerak slow-slow, sampai jugak. Masuk je lobby KLIA, terus ke kaunter Tanya itu ini itu ini, then dia kata sepatutnya kitorang kena dating lebih awal. Haii, berlari-lari kitorang dalam tu. Siap solat jama’,  terus wrapping barang dan ke kaunter check in. Terima kasih buat mak, ayah, mak mertua, ayah mertua, abang kakak ipar, adik-adik tersayang sebab sudi hantar Niera sampai check in.

Bersambung ke entry seterusnya…


19 000 Budak Comel:

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

berapa tahun niera akan ada kat sana??? ke ni makan angin je??

Sally Samsaiman Sally Samsaiman said...

alhamdulillah dh selamat sampai kesana...salam Ramadhan :)

take care disana :)

Aten Story Aten Story said...

jagan lupe ole2 tau akak..hehehehhe..*gurau je..

miss fifi miss fifi said...

wah beraninya akak pergi sorang-sorang... Cepat-cepat sambung cerita tu, excited pulak fifi mendengarnya :3

Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah said...

take care sis niera bila di Mesir tu

Imani Iwani Imani Iwani said...

best sharing..allhamdulilah dah selamat jumpa kekasih hati..selamat berpuasa niera & suami..nnti up n3 berpuasa di bumi mesir :)

miss anis miss anis said...

cepat update sambungan ye kak niera , seronok baca pengalaman org :D

nuha ahmad nuha ahmad said...

alhamdulillah sampai sudah :)

Anis Zahidi Anis Zahidi said...

bestnya dpt pegi mesir :) kesian akak kne rush pegi airport :)

uks world uks world said...

Bestnya dpt ke MESIR..
Berani jugak kak niera pergi sorang-2 naik flight..
semoga kak niera baik-2 saja kat sane.. :)

Syuhada Nasya Syuhada Nasya said...

wahh untung nyaaa :)

Cik Honney Cik Honney said...

More stories please....sikit sgt nie..baru nk feeling2x dh terbantut..huhu

http://www.wadahberbicara.my/

Afiqah Alias Afiqah Alias said...

salam ramadhan buat niera sekeluarga.. ^^

Lunia Ansuh Lunia Ansuh said...

Cepatlah sambung ke entri seterusnyaaaa. Hehehehe :D

Asma Sah Asma Sah said...

Semoga kak Niera selamat pergi dan pulang .InsyaAllah :D

Hydrangeas Blooms Hydrangeas Blooms said...

niera seronoknya ke mesir :) jumpa suami lagi. hihi.

adk dayah adk dayah said...

beznya akk =) apa2 pn hati2 yer kat sana,ktorang bru hbis LSP..huhu

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿ honeymoon. sekejap je :)

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum niera. alhamdullilah. thanks bagi info. insyallah kalau ada rezeki lebih teringin nak kesana dik :)