Friday, 12 July 2013

Menyambut Ramadhan Di Mesir

Alhamdulillah, kini Niera menyambut Ramadhan al-Mubarak di Negara orang,Mesir bersama suami tercinta. Ramadhan kali ini sangat berbeza sebab Niera menyambutnya sebagai seorang isteri buat kali pertama dan berada di perantauan. Macam mana ramadhan di Mesir? Alhamdulillah, meriah. Cuma sekarang musim panas, dan bila masuk Ramadhan, lagi panasnya terasa. Bila musim panas kat sini, banyak betul lalat nak ngorat. Musim panas adalah musim untuk lalat tau kat sini. Hehe. Rimas jugak bila nak mandi, masak, tidur, lalat datang macam nyamuk. Sekali banyak. Lagi satu info, bila musim panas, anggur kat sini manis tau ! Sedapp ! Tapi bila masuk musim sejuk, anggur akan masam. Info dari suami Niera la. Hehe.

Solat terawih kat sini sama macam Malaysia, ikut tempat. Kalau tempat Niera, dia akan buat 8 rakaat tapi 8 rakaat tu bersamaan dengan 1 juzuk. So, kalau 30 hari, 30 juzuk habis semasa terawih. Ramai jugak makcik2 arab turun berterawih dan majority letak kerusi, sakit kaki berdiri lama2. Tapi kira ok la sebab ramai makcik2 yang turun berterawih.

Malam kat sini singkat. Kami berbuka puasa jam 7 malam lebih kurang macam tu la, dan jam 11 malam habis berterawih. Subuh jam berapa? Subuh jam 3.30 pagi. Kiranya, lepas je terawih tu, rehat2 kejap, kemudian terus sahur. Lepas tu solat subuh. Sekejap je masa tu.

Kat sini beza 6 jam tau dari Malaysia. Kiranya bila kami bukak puasa jam 7, korang dah sedap tidur kat rumah sebab Malaysia dah pun jam 1 pagi. Senang kata, korang raya dulu la. Hehe.


Ramadhan kali ni terasa lain sebab dah ada imam Niera kat sebelah. Adalah jugak dia bawak Niera keluar beli barang, tengok tempat itu ini tapi sorry x de gambar. Nanti mungkin lepas raya baru la bergambar sakan sebab sekarang kan musim panas + puasa, jadi tak de la beria-ia berjalan. Ini pun suami nak melatih Niera banyak berjalan di Mesir. Sebab dia kata nanti kat pyramid lagi banyak berjalan. So sekarang ni sekadar meninjau kawasan je. Hehe. Lihat kehidupan Mesir.

First time Niera jejakkan kaki kat sini, suami bawak keluar makan kat kedai Indonesia. Lepas tu jalan2 sekejap kemuadian balik rumah terus demam. Niera ni memang jenis susah demam. Tapi mungkin sebab musim panas kot, tak tahan terus demam. Time nilah terserlah sifat suami. Punyalah caring nya dia, siap masakkan nasi untuk Niera, call sana sini cari ubat. Suapkan Niera makan. Siap ada petua. Dia letak air dalam cawan kemudian campur dengan asam keping, dan sapukan kat kepala, dia kata boleh kurang demam. Alhamdulillah, petua dia menjadi. 2 hari lepas tu, Niera sihat Alhamdulillah. Lepas tu, dia dah berhati2 nak bawak Niera keluar jalan sangat sebab takut demam. Hehe

Doakan kami semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Selamat berbuka warga Malaysia !



38 000 Budak Comel:

ieka farhana ieka farhana said...

selamat berpuasa :) bestnya dapat berpuasa di negara org

Mysara Ab Rahman Mysara Ab Rahman said...

wah bestnyer berpuasa kat sane...

cik yaya cik yaya said...

selamat berbuka akak :)

nadia nadia said...

Ciri2 suami mithali tu.. hehe

Selamat berpuasa dan jg kesihatan baik2 ye. :)

nini nini said...

selamat berpuasa niera...=D

Puan Bui Junaidi Puan Bui Junaidi said...

SERONOK BACA KISAH NIERA..SWEET SGT..^_^

^^eKaTiKaH^^ ^^eKaTiKaH^^ said...

wah, sweetnya husband akak. hehe, caring lagi tu. beruntung akak. ramadhan kali ni mesti paling bermaknakan? sebab dgn suami tercinta. hihi ^^

Maria Firdz Maria Firdz said...

Selamat berpuasa dan selamat honeymoon puas2... Hehe

Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah said...

kalo fae di tempat niera konpom x tahan panas hehe

btw fae dah klik iklan nuff niera. but i am not sure kalo klik fae tu kena counted in. just takut they only counted clicks from m'sian.

salam kenal from brunei :)

teratai teratai said...

Selamat berpuasa utk niera n suami.

cik amal cik amal said...

amal nk sangat mcm niera

Lunia Ansuh Lunia Ansuh said...

Jeles. hehehe :)

Sheila Eiman Sheila Eiman said...

kak nier.. jaga kesihatan betul-2... jaga diri baik-2 :D

Nik Ainaa Nik Ainaa said...

salam. suka betul saya dengar cerita akak :) btw...

http://nikainaa.blogspot.com/2013/07/mencari-template-wordpress-for-online.html

Seperti tajuk entry ini, saya sedang mencari template
wordpress untuk online store. Yang boleh didownload, FREE!
Saya nak yang simple aje seperti kat bawah ni .........

baca selanjutnya di entry tersebut.

Sukma Haron Sukma Haron said...

Alhamdulillah...akhirnya dapt berpuasa di Mesir bersama suami tercinta....so sweettt.....

Izzat Eshak Izzat Eshak said...

salam ramadhan =)

Alyn Roslan Alyn Roslan said...

wah bestnya akak , btw hati2 tau berada di negara orang..:)

Alya Humaira' Alya Humaira' said...

hehehe..sy pun jd teringin jugak nak prg sana... ^_^

dyanzakhi dyanzakhi said...

sweetnye korang.. hope berkekalan.. take care kat egypt tu ea.. hehe

Syazwani Afandi Syazwani Afandi said...

Salam Ramadhan :)

Haruno Hana 하나 Haruno Hana 하나 said...

Salam Ramadhan al Mubarak ya Kak Niera dan suami :D moga Dia permudahkan ^^

PeRdU cINta PeRdU cINta said...

Alhamdulillah,,moga bertambah lagi ilmu yang bermanfaat :)

Ainim Suju Ainim Suju said...

As salam

Selamat berpuasa Niera, seronok juga kan dapat merasa pengalaman berpuasa kat tempat orang

Afiqah Alias Afiqah Alias said...

.suam jadi indah bila bersama suami/

Hafezah Yusoff Hafezah Yusoff said...

seronok kan dpt merasai pengalaman berpuasa dinegara orang. Suhu memang tinggi. amboi caringnya suami akak. selamat hari raya akak ! ^_^

Zawiah Zawiah said...

bertuah sebenarnya dapat merasa ramadhan di bumi mesir . berita tv mlm ni siarkan buka puasa kat mesir . parti pembakang dan penyokong dok sama berbuka ... alhamdulillah .

Haneeza Mohamad Haneeza Mohamad said...

bestnya dapat puasa dekat perantauan.. rindu pula dekat Mekah dan Madinah,teringin nak puasa dekat sana.. :')

Hanif Idrus Hanif Idrus said...

Selamat berpuasa di sana yek..
Mesir kan tengah bergolak..ok tak disana

Chef Raziq Chef Raziq said...

salam ramadhan niera..^_^

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum. alhamdullilah. seronoknya adik kat sana. jaga kesihatan baik2 tau. nanti update lagi :)

Zima Zima said...

Selamat Berpuasa.. bukan semua orang dapat peluang cm ni ;)

saifudin abu izzudin saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://outbounddimalang.com/

Ayu Zan Ayu Zan said...

seronokknyaa.. :)
salam ramadhan awak..

salam kenal juga..

Wanie Zunidan Wanie Zunidan said...

Selamat berpuasa dan hati-ii di negara orang (:

Mymy Mushie Mymy Mushie said...

Selamat berpuasa .. muka sis ni sebiji macam muka wife asyraf muslim yang pertama tu .. sampai confius dah mimi tengok ..

haney haney said...

slmt bpuasa d perantauan :)

Nisha Nisha said...

Jom Join! 28 hadiah menarik! Top refferal akan mndapat Rantai Moustache dan HADIAH PILIHAN SENDIRI! Let's Join! :D http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/07/segmen-simple-giler-by-anis.html

Che Rosliza Che Mat Che Rosliza Che Mat said...

Raya kat perantauan ya niera...