Tuesday, 9 July 2013

Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang Ke Mesir Seorang Diri

Sambungan dari entry sebelumnya.. [ini]

Masuk je dalam tu, terus blurrr, “Aku nak buat apa ni?” Okay Niera, bertenang, rilex..tanya je pakcik polis tu. Jiwa memberontak suruh bertenang tapi debaran tetap muncul. Terkial-kial semua pergerakan. Dah scan barang tu semua, Tanya la kat kakak polis KLIA tu, “apa saya nak buat ni dan mana saya nak pergi?” Dia tengok tiket Niera dan dia kata, “Adik ikut je signboard tu dan akan jumpa lrt, naik dan turun pada perhentian pertama ye” . Jalan punya jalan, Nampak la yg orang tengah berebut nak naik. Tengok jam dah jam 9.00pm. Ohhh, lagi 55 minit kapal terbang nak berlepas nih ! Dengan menggunakan peluang yang ada, Niera mencelah menyeludup masuk dalam lrt. Fuhh! Berjaya. Hehe. “Alamak, kenapa x Nampak orang melayu langsung nih?

Niera pun try la Tanya minah saleh kat sebelah, yang betulke lrt yang Niera naik ni. Nasib baik betul. Beria-ia sungguh dia suruh Niera ikut signboard sebab takut Niera silap. Hehe. Dah jumpa pun gate yang Niera cari untuk masuk dalam egyptair. Tengah beratur nak scan barang lagi sekali, Niera try la tnya budak arab depan Niera. Budak 10 tahun macam tu lah. Tanya samada betul ke Niera beratur kat sini. Dia tengok tiket niera dan dia kata betul dan dia sama flight dengan Niera. Dan dia jawab soalan Niera tu dengan cakap bahasa Melayu ! hehe.

Masuk je tempat menunggu untuk masuk flight, Niera dok sorang-sorang. Sebelah  Niera ada keluarga sudan. Time ni Niera dah mesej suami yang Niera sampai sana pukul berapa, transit kat Bangkok 1 jam. Suami terus telefon, dia pesan double check orang sekeliling sebab takut salah. Tanya la kat keluarga sudan tu, Alhamdulillah, betul. Dan family dia sangat menjaga Niera sebab kesian kot kat Niera sorang2. 

Sampaikan bila nak masuk dalam flight tu, diorang ajak Niera sekali walhal orang yang berkeluarga masuk dahulu dalam flight. Dia bagi tahu Niera sedara diorang dan Niera lepas untuk masuk dalam dunia egyptair. Hehe. Dah masuk, mula menggelabah, “mana nak cari tempat duduk ni??”. Alaaa, senang je, apa guna ada pramugari yang cantik tu kan kalau kita tak mintak tolong diorang. Fuyyoo, lembut je gaya dia tunjuk tempat duduk. Walaupun sedih x dapa duduk sebelah tingkap. Niera dapat tengah2.




Egyptair adalah sebuat flight yang sangat selesa. Ruang duduk yang besar disamping disediakan macam2 kemudahan, earphone, games, movie, penutup mata untuk tido, bantal, selimut dan macam2 lah. Makanan 3x diberikan dan memang sangat sedap. Nasi arab [boleh pilih lauk ayam/ikan] 2x, aiskrim, manisan, jus [boleh pilih buah], roti, jem, kopi/teh, dan macam-macam lagi. Boleh gemuk kalau duk terperap je dlam tu. Hehe. Niera punya kawasan takde sape2 duduk. Kiri kanan x de orang. Sangat best sebab x yah malu2 nak tido. Hihi. Ehh, lagi satu, sebelum memulakan perjalanan, dia siap pasang kat video masing2 doa musafir dan naik kenderaan. Bagus.

2 jam perjalanan, kami tiba di Bangkok untuk transit selama 1 jam. X yah bawak keluar barang-barang x penting, sebab kita akan naik flight yang sama. Duduk pun tempat yang sama. Lagipun Niera pendek, malas nak mintak tolong orng turunkan barang yang dok kat atas rak atas kepala. Hehe. Turun ke Bangkok, macam biasa, Niera bersama keluarga sudan tu. Still diorang setia tolong lagi. Mesra alam betul diorang ni. Syukur pada Allah sebab tolong kirimkan diorang untuk Niera. Kat Bangkok tu just scan barang dan tunggu sampai ke check in lagi sekali. Ingat ! Jaga 2 benda penting ! Passport dan juga tiket. Itulah pesan suami Niera.

Selesai check in, masuk balik dalam flight dan bermulalah 10 jam perjalanan ke Mesir. Dinasihatkan supaya bawak stokin lebih sebab memang sejuk. Niera siap pakai 3 lapis stokin. Sejuk betul. Tapi best la sebab kerja Niera dalam tu kalau tak makan, bukak movie, lepas tu terlelap. Bangun bukak movie lain dan sambung balik tido. Hehe. Nak dekat 5 movie jugak niera bukak tapi semuanya x tgk sampai habis.


Bila lagi beberapa minit flight nak mendarat, wahh, ku lihat padang pasir laaa. Alhamdulillah, dah Nampak bumi anbiya’. Syukur rasanya. Niera sampai jam 5.30pagi Mesir bersamaan 11.30tengahhari Malaysia. Niera pun turun flight penuh dengan perasaan teruja. “Yeay! Aku sampai juga di bumi Mesir seorang diri dengan izinMU,YaALLAH.” Tunggu beg dan mula melangkah ke luar airport Mesir, “Ehh, comelnya dia. Suami siapa tu?” hehe.. Terima kasih suami sebab sudi tunggu. Rinduku berlabuh jua. Alhamdulillah. 

Niera ke Mesir untuk 2 bulan 2 minggu. Hanya sekadar bercuti disini. Suami masih belajar di Mesir dan Niera akan terus belajar di Malaysia. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan, ameen.



34 000 Budak Comel:

Vee Lea Vee Lea said...

Waaa.. Seronok laa dpt jumpa husband :) Hihi. Enjoy Mesir, akak! :)

Alia Ali Ahmad Alia Ali Ahmad said...

untunglah kak .... hehe ..

Anak pak cik Azhar :) Anak pak cik Azhar :) said...

owh....pergi jmpa suami ke...hehe..sweet2:)

Sheila Eiman Sheila Eiman said...

Alhamdulillah.... selamat sampai kak niera :D

Nurfara Hani Nurfara Hani said...

alhamdulillah. Dapat juga menjejakkan kaki kesana. saya ni ntah bila dapat ke sana. Jaga diri ye,

Anis Hayati Anis Hayati said...

haha. comeylah kak niera
alhamdulillah, akak selamat tiba kat sne :D

Carl Lesmana Carl Lesmana said...

alhamdulillah . have a great ramadhan there kak niera. raya sana eh ?

Lunia Ansuh Lunia Ansuh said...

Alhamdulillah, selamat mendarat. Nak cerita lagi. Hehehehe

Imani Iwani Imani Iwani said...

teringin nk naik kapal terbang jugak..:)

Hanif Idrus Hanif Idrus said...

Syukur alhamdulilah sampsi dengan selamat.
Selamat berpuasa di sana yek.

Salam Ramadhan dari saya.

Emas Putih Emas Putih said...

haha sweet niera :)

Afiqah Alias Afiqah Alias said...

have fun kat sana ea niera...

nur naa'irah nur naa'irah said...

salam..bestnye..t jgn lupa update sal life kat mesir with your lovely hunsband..sweet sgtt..:-)

veesandy veesandy said...

Alhamdulillah ... allah izinkan bersama walaupun 2 bln 2 mggu . tapi jam dan harinya byk kan . harap keadaan politik yg x stabil tak ganggu keharmonian kamu ... insha Allah .

nadia nadia said...

Selamat bercuti niera. Jaga diri ye :)

Innanie Ariffin Innanie Ariffin said...

jaga diri elok-elok kat sana niera! semoga urusan suami dan niera dipermudahkan disana. smoga niera dan suami selamat dan dalam lindungan Allah!

~cik atin~ ~cik atin~ said...

selamat menjalani ibadah puasa di bumi anbiya' :)

Dear KHY Dear KHY said...

nt mohon upload gambar banyak2 dari sana kak, nak tengok hehe ^_^

Amyma Omar Amyma Omar said...

salam ramadhan...
jom join ga,ada hadiah dan duit raya tau.. huhu

http://nooramyma.blogspot.com/2013/07/siapa-maw-duit-raya-rm50.html

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. subhanallah. alhamdullilah. selamat sampai jua awak. selamat berpuasa niera ye.. semoga ramadhan kali ini membawa barakah ke atas kamu sekeluarga :)

Green Amila Green Amila said...

sweet ayat last tu. Selamat bercuti dan berpuasa.

kYna 'cAnGgiH' kYna 'cAnGgiH' said...

bestnye kak.. jaga diri dekat mesir :)maknanya akak puasa n raya kat mesirlah eh?? fuyooo bestnye...

~N!k nURfAt!hAH hARun~ ~N!k nURfAt!hAH hARun~ said...

alhamdulillah...seronok ye dapat pergi bumi mesir...:) selamat menyambut ramadhan niera..

Emma Emma said...

alhamdulillah, jaga diri baik-baik ye =D

Puan Bui Junaidi Puan Bui Junaidi said...

SERONOK BACA KISAH NIERA..HEHE
SELAMAT BERHONEYMOON YER..^_^
(JUMPA SUAMI,KIRA HONEYMOON LETEW)..

^^eKaTiKaH^^ ^^eKaTiKaH^^ said...

wah, bestnyaa.. hehe.

deno deno said...

alhamdulillah...selamat bercuti^^

cik yaya cik yaya said...

selamat bercuti kak :)

Ainim Suju Ainim Suju said...

As salam Niera,

Alhamdulillah, dapat juga lepaskan rindu pada suami ya. Kiranya Niera berpuasa n beraya kat Mesir la tahun ni ya. Selamat berpuasa ya

Maria Firdz Maria Firdz said...

Ayat last tu dh mcm ayt novel dh... Alhamdulillah... Dipermudhkn urusan...

korie hensem korie hensem said...

salam nera,
nt jgn lupa pos gmbr byk2 kt mesir tu.
teringin nak tgok kehidupan sebenar kt sana

cik amal cik amal said...

niera doakan amal mcm niera okay :(

Sukma Haron Sukma Haron said...

teruja sampai di Mesir....best naik flight Egypt Air...

mate saya bulat mate saya bulat said...

May Allah bless u and husband niera. semoga bahagia until jannah. :)