Saturday, 24 August 2013

11 Ciri-ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga



“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

11 CIRI2 ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.

Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.
Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu...AMIN..




11 000 Budak Comel:

Hafezah Yusoff Hafezah Yusoff said...

perempuan nie senang je nak masuk syurga kan, btw lama tak kesini :)

Alia Ali Ahmad Alia Ali Ahmad said...

semoga kak niera jadi isteri soleha :D

mimi zakaria mimi zakaria said...

ye betul nk jadi isteri mithali utk suami , nnt dpt msuk syurga . hehe , berangan je lbh . entah bilanya kawin pun xtau la . adik da kawin rupanya yek , hehe . tahniah , jd isteri mithali ye , hihi

Mar Mansor Mar Mansor said...

amin..
suami y tidak pernah mberi nafkah zahir pd isterinya?& tidak mhulurkan duit utk pembelanjaan harian meskipun gajinya leh dikira mampu jika isteri tidak bekerja (dasar tidak bsyukur bila isteri sudi mmbantu dgn tidak meminta wang darinya),ttp lelaki seperti ini langsung tidak sedar..

NJihe.am NJihe.am said...

Salam singgah, entri buat kaum Hawa. studioous.blogspot.com

Chik Najah Chik Najah said...

moga kak niera tersenarai sebagai isteri solehah :D saya sedang usaha tambah ilmu utk jadi solehah..hihi :')

Ahmad Zarif Ahmad Zarif said...

perkongsian yang serius best

Zawiah Zawiah said...

semoga kita tergolong dalam isteri yg solehah ...

Fizi Zaidi Fizi Zaidi said...

fizi datang sini.. jemput join GA disini > http://kakikerja.blogspot.com/

Maria Firdz Maria Firdz said...

nice sharing... :)

alibukansetan alibukansetan said...

salam... mohon share di blog saya cikpuan niera :)