Friday, 2 August 2013

Pengarang Jantung Pujaan Hati


Cewahh ayat! Sejak ada dekat dengan cik abang ni, bukan main bahagia je rasa. Macam pengantin baru je. Alhamdulillah usia perkahwinan dah pun menjangkau 10 bulan. Sekejap je kan? Biasa hidup jauh, bila dah dekat ni, kemain. Jauh sikit dah rindu. Isteri kat bilik, suami kat ruang tamu, tu pun dah rindu. Haiii..

Niera update entry ni waktu sahur kat Mesir. Sekarang lebih kurang jam 3 pagi. 3.30 pagi camtu azan subuh dah. Suami tengah tidur, penat katanya. Sebab isteri comot dia buli dia masak hari ni. Tak teman kite sahur pun. Sahur pun lauk bujang, nasi + telur + kicap. Sempoi je.

Actually, minggu ni perut asyik meragam je, tak larat nak buat apa dah, kadang tu sampai menangis tahan sakit. Tak pe lah, cuci perut kata orang bila kuar masuk bilik air. Tu yang buat janji dengan suami biar dia masak pulak hari ini. Walaupun Alhamdulillah, hari ni dah ok dah perut kita ni. Kesian pulak buli dia. Hehe. Terima kasih ye cik abang.



Itula sebab kita sayang sangat kat pengarang jantung pujaan hati kita ni. Sentiasa memahami. Baru tahu yang dia pakar urut, lega sikit bila time2 tak sihat dia jaga penuh perhatian. Siap bacakan ayat quran hembus2 kat kita. Terharuu je bila ingat balik. Bestnyaa kawen ! Dia rajin pulak tolong kita kat dapur, senang kata rajin tolong isteri dia. Memang indah ingat kenangan2 ni tapiii sedihhh bila sebulan lebih je lagi kita kat sini. Lepas ni balik Malaysia dah.. Sape nak jaga kita macam mana dia jaga kita time kita tak sihat. Huwaaaa :’(
Takpe, redha redha redha. Yakin dengan hikmah yang akan Allah bagi. Sabar sabar sabar. Allah takkan uji hambaNya kalau hambaNya tak mampu nak pikul. Yang penting, ikatan kami sentiasa kuat dengan adanya kekuatan doa. InsyaAllah.



p/s : Eh, dah baca entry pertama suami Niera? Excited dia bila ada yang sudi baca dan komen.Kalau belum baca, klik sini. Jangan lupa komen sekali. Bagi kata2 semangat sikit kat dia. Hihi. Alahaiii, comel betul! Suami sapa nihh..

Aku bukan siapa-siapa, Hanya insan biasa yang memerlukan kasih sayangmu dalam membimbing aku ke jalan syurga. Moga ikatan ini kekal dan utuh buat selamanya. Ameen.


15 000 Budak Comel:

najiah shaharain najiah shaharain said...

SWEET..:) Semoga bahagia hingga ke syurga..dan dikurniakan zuriat yg soleh/ah

Zawiah Zawiah said...

alahai ... seronoknya . honeymoon lah ni ... betul2 privasi ... heheheeee

Green Amila Green Amila said...

sweetnye,, selamat hari raya neera

Sheila Eiman Sheila Eiman said...

yeah... seronok laa dengar ceritaII kak niera. alhamdulillah, sheila doakan kak niera bahagia hingga ke akhir hayat bersama suami. kat sana kena sentiasa jaga diri betulII k.

IraNur IraNur said...

sweetnyeee.. ;)

shark shark said...

wah..
beraya di Mesir ker thn nie.

Ainim Suju Ainim Suju said...

Seronok dgr

Alia Ali Ahmad Alia Ali Ahmad said...

bestnya kawen,,,, nk kawen jugak .. huhu

Baiyah Baiyah said...

alhamdulillah..moga kebahagiaan terus memayungi anda berdua..amin..
**teringin nk kawen jgk..hahha:)

Rizal Uye Rizal Uye said...

semoga selalu diberi kebahagiaan

Innanie Ariffin Innanie Ariffin said...

Alhamdulillah. teman hidup tu bukan sekadar ada ketika senang, ketika susah juga bersama :)

Salam Aidilfitri dari bumi Malaysia!

Hanif Idrus Hanif Idrus said...

Tahun ini beraya di Mesir ...bestnya.
Sakit perut tu sebab makanan berbeza kot ...
Salam Hari Raya Aidil fitri dari saya

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum dik, bestnyaa. akak doakan kalian berdua bahagia hingga ke syurga insyallah :)

Zyra Roxx Zyra Roxx said...

ala sweet, bila nk bersuami ni, hukhuk.

selamat hari raya! ^_^

kembara ilmu kembara ilmu said...

Alhamdulillah .. Alala .. Sweet nye .. Semoga bahgia yerp .. InsyaAllah ..

Hargai suami selagi suami masih ad dgan kita.. Nty akk niera da balik malaysia rindu pulak kat suami .. Ap2 pon kuatkan hati ye akk