Wednesday, 9 October 2013

Bakal Berjauhan Kembali

Sejak kembali dari Mesir dengan suami, suami masih samar2 untuk sambung dimana memandangkan kerajaan masih belum tetapkan itu ini apa semua tu kan. Tapi, hari ini dah dapat keputusan yang suami Niera akan tetap kembali ke dunia Mesir untuk berjuang sebagai tahun akhir. Berat sangat hati ni nak lepaskan tapi hati kembali tenang bila semuanya dah berserah dengan doa.

Ya Allah, andai ini ujian dariMu, tabahkan aku. Sungguh, aku sangat berat melepaskan dia namun aku tahu dia milikMu dan Engkau berhak memberikan dia pilihan terbaik. Jika inilah yang terbaik, dan berpisah itu jalan kebahagiaan kami buat masa akan datang, aku redha. 

Menangis itu jangan cakap, serius hati sangat berat.. Berpisah kali kedua. Bukan sekejap tapi hampir setahun ! Allah.. Moga terus diberi kekuatan. Hati ini terus diuji. Yakin ada hikmahNYA. Orang senang bercakap tapi kita yang rasa. Tapi jangan berpaling dari rahmatNYA. Itu yang penting sebenarnya. Suami bakal terbang kemungkinan besar bulan Disember. Dan kemungkinan besar akan habis sekitar September 2014. InsyaAllah. Doakan. 


Seronok sangat bila dapat hidup suami isteri dekat sini, apa jua tindakan, nampak depan mata, dan suami suka direct untuk tegur dan langsung tak terasa bila ditegur. Allah.. Pasti akn rindu saat itu. Gurauan, nasihat dan kata-kata semangat dari dia. Suami inspirasi isteri. Alhamdulillah. Merasa nikmat itu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah:153]


Allah tahu yang terbaik buat aku dan dia. Kuatkan aku untuk hadapi semua ini. Hanya padaMU aku berserah untuk jagakan dia disana nanti. Jagakan dia. Kuatkan dia. Moga dia berjaya. Akan aku setia menanti disini. 


9 000 Budak Comel:

Leeza dayasari [santai leeza] Leeza dayasari [santai leeza] said...

Moga terus cekal..

TelingaBulat TelingaBulat said...

xpe saba k..mungkin berjauhan ni mengajar byk erti dan allah memberi sume kepada hambanya kerana ada hikmag

DIARI FARISHA DIARI FARISHA said...

bersabarlah :)

Sheila Eiman Sheila Eiman said...

liku-liku kehidupan. tabah nya kak niera. tak lama, tinggal setahun je. lepas tu boleh kembali seperti biasa...

^^eKaTiKaH^^ ^^eKaTiKaH^^ said...

insyaAllah, semua di sana akan baik2 saje kak. Doa daripada seorang isteri solehah itu berkat. hehe ^_^

Anis Hayati Anis Hayati said...

bwk byk bersabar ye kak. moga allah memberkati akak and suami

piqa da bajitos piqa da bajitos said...

insyaallah
sabar2 =)
moga ada kemanisan lebih bermakna lepas ni

cik yaya cik yaya said...

"sebaik-baik ibadah adalah sabar menunggu jalan keluar" -riwayat imam tirmidzi
semoga Allah jagakan kita semua..bykkan berdoa..jangan risau Allah dah aturkan rancangan yang terbaik untuk akak dan suami..

Sheila Salim Sheila Salim said...

assalamualaikum dik. tabahkan hati ya... in shaa Allah semuanya berjalan dengan lancar :)