Wednesday, 2 October 2013

Happy 1st Anniversary

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah genap setahun usia perkahwinan kami. Rasa macam sekejap je..Mana tak rasa kejap, baru je 3 bulan hidup bersama. Berpisah yang lama. Sorang kat Malaysia sorang kat Mesir. Jauh beribu batu. Dok memanjang skype. Rindu sesangat. Sekarang alhamdulillah, suami masih di Malaysia menunggu panggilan pulang ke Mesir semula setelah keadaan bertambah baik. Best jugak suami di sisi sebab apa jua tindakan kita, dia tahu dan boleh terus nasihat jika salah. Belajar pun, apa lagi, gunakan kesempatan yang ada untuk suruh dia ajar apa yang patut. Dah jadi penterjemah arab ke melayu dah untuk isteri dia sorang ni. Alhamdulillah.


Hidup sebagai pelajar dan isteri bukan mudah. Ni belum ada anak. Tapi semuanya atas izinNYA. Kami kahwin dan belajar pun masih dalam izinNYA, alhamdulillah. Banyak cabaran. Banyak ujian. Dengan assignment berlambak, tanggungjawab isteri juga perlu seiring. Kena kuat. Kena cekal.


Buat sang isteri, kena banyak belajar sabar. Dalam keadaan penat belajar sekalipun, jangan lupa pada suami. Tetap perlu bahagikan masa untuk tahu perkembangan suami. Jaga maruah suami kerana perlakuan kita di mata umum adalah melambangkan maruah suami. Alhamdulillah, sentiasa bersyukur diberi ujian kerana itu tanda Allah masih sayang dan peduli dengan kita.


Ramai tanya, bila pula nak bertiga? InsyaAllah sama-sama doa. Tapi Allah lebih tahu yang terbaik. Target kami nak fokus habiskan belajar dulu. Suami lagi setahun dan Niera lagi 2 tahun. Mak ayah kami pun nasihatkan agar habiskan belajar dan baru fokus dengan anak-anak comel kami nanti. hehe. Yang penting, kami merancang, Allah juga merancang namun percayalah perancangan Allah adalah yang terbaik.

ALLAH berfirman :
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
 yang membawa maksud :
“Dan Mereka Merancang,ALLAH juga merancang,Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik perancang”.
Oppss, masuk bab hari anniversary, kami masa tu beradaa di Pahang [rumah mertua] , alang-alang dah dekat Pahang, kami terus ke Tasik Bera. Tak de apa pun dekat situ, bergambar je lebih.. hehe. Tapi seronok sebab sambil tengok tasik dan ikan-ikan dalam tu, kami share story, dan saling bertukar pandangan. Suami Niera ni memang banyak idea kalau bab sembang, namun bersyukur jugak sebab dapat suami yang macam ni. Still tak boring walaupun pergi ke tempat yang agak boring. hehe.





Malam tu kami makan kek 1 family, Serius kek sedap. Kek strawberry ! Alhamdulillah, Buat suami, Thanks for high heels [2 pasang] and hand bag yang sangat cantik ! Love You. Moga ikatan ini hingga ke syurga bersama redhaMU, Ya Allah. Amin.



21 000 Budak Comel:

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum dik, selamat hari ulangtahun korang berdua. semoga kekal bahagia. best kan nikah muda? cabaran dan dugaan silih berganti, harus kita tempuhi dengan sabar ye. insyallah rumahtangga kekal bahagia dengan izinNya :)

Hunny Kitty Hunny Kitty said...

happy 1st anni

Hydrangeas Blooms Hydrangeas Blooms said...

Patut la macam kenal je bila tengok pic ikan tuuh. tapi pelik jugak takkan Niera pergi Tasik Bera. hee. Saya duk Bera, pahang. Tasik Bera jauh kan nak masuk ke dalam tuu ;)Btw, Happy anniversary Niera & suami ^^

tenku butang tenku butang said...

mak aii.. jauhnya berpisah.. sorang kat mesir sorang algi kat malaysia.. aduhh.. teman x rela camtu.. kira tabah jugak munirah ni yea.. eh.. mudah lagi.. baru tahun 1992 tahun lahirnya? waa.. kawen muda yea? tahniah..

mazni mazni said...

semoga bahagia kak niera :)

Puan Zaniff Puan Zaniff said...

hepy anniversary niera & suami..

Tun Aidil Tun Aidil said...

Assalamualaikum semua..
Sebenarnya saya teringin nak melakukan satu GIVEAWAY untuk menghargai para blogger`s kat luarsana yang rajin berblog dan blogwalking. Saya tahu masih ramai lagi para blogger`s yang masih belum saya kenali so dengan lafas Bismillahirahmanirrahim saya Tun Aidil ingin melancarkan satu GIVEAWAY yang di beri nama 1st G.A of Gangentry. Dan Gengentry sesuai dengan tagline sebuah majalah untuk blogger saya harap sangat anda semua sertai Segmen pertama saya.. http://gengentry.blogspot.com/2013/10/1st-ga-of-gangentry.html

^^eKaTiKaH^^ ^^eKaTiKaH^^ said...

selamat ulangtahun utk akak dan suami akak. hehe.. moga kekal bahagia sampai akhir hayat. sweet je akak berdua. hehe

Alia Ali Ahmad Alia Ali Ahmad said...

semoga kekal hingga syurga :D nnti tak lama lagi nak tgk baby lak :p

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Sheila Salim mmg dugaan sgt byk namun kena bijak dan sabar. amin. semoga sampai syurga. psstt ! mmg best kawen muda nih ! hihihi

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Hydrangeas Blooms actually nak berkayak kat situ tp mahal la pulak.. heee

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@tenku butang alhamdulillah, kawen muda :)

Sheila Eiman Sheila Eiman said...

sweet sangat2...

nanakimie nanakimie said...

selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama ye...semoga kekal bahagia hingga ke syurga...amin...:)

Green Amila Green Amila said...

selamat ulangtahun..

Diera Tekikushika Diera Tekikushika said...

happy anniversary niera! syok tengok niera dah kwain. weweeet. =_=

Invisible Me Invisible Me said...

Walaupun lambat, selamat ulangtahun pertama dan satu minggu. Hehe. Moga terus berbahagia ke syurga Allah :)

hasyimahshe hasyimahshe said...

selamat ulang tahun...semoga berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan anak yang comel, soleh dan solehah.

Anis Hayati Anis Hayati said...

happy first anniversary, kak niera
moga bahagia dismping suami n keluarga tercinta. moga cpt dpt ank :)) hehe

cweet pinky cweet pinky said...

wah !! bestnye , so sweet :D

cik yaya cik yaya said...

alhamdulillah..tahniah kak..semoga kekal sehingga akhir hayat..
eh akak makin tembam lorh..hehe ^_^