Thursday, 28 February 2013

Segmen Pantas 2 Jam : Mencari 5 Yang Bertuah


SEGMEN TAMAT !

Segmen Pantas !
2.00 petang ---> 4.00 petang SAHAJA ! [2 Jam]
  • Cuma Perlu Follow Blog Niera dan Like Fanpage Niera yang ada dekat sidebar tu.
  • Tinggalkan link blog anda [tak perlu buat entry] dan nyatakan 3 kelebihan hari Jumaat.
  • Hadiah : Topup RM5 X 5 pemenang
Pemilihan pemenang berdasarkan 3T :
  • Terpantas
  • Tepat 
  • Teliti
Jom ! Sambil berblog sambil tambah ilmu. :)
  • Pemenang diumumkan jam 5.00 petang.
  • Pemenang hanya dibenarkan menuntut hadiah sebelum jam 6.30 petang. Pm niera di fanpage dan bagi tahu link blog dan nombor fon beserta nyatakan samada maxis/celcom/digi
  • Dapat topup sebelum jam 7.00 malam [insyaALLAH cepat sebab niera sendiri yang jual topup]
Nama pun segmen pantas, semuanya pasti pantas. Yang lambat bagi details bila menang, niera automatik tukar pemenang. Sila Alert !

Wanita Tertua Di Dunia?



PORT DICKSON - Jika benarlah tarikh yang dicatat dalam MyKad, Sariah Marjo, yang dilahirkan pada tanggal 28 April 1899 mungkin boleh dikatakan wanita tertua di dunia ketika ini, hanya setahun lebih muda daripada Misao Okawa, 114, yang diiktiraf wanita paling tua di dunia dalam Rekod Dunia Guinness, kelmarin.

Sariah yang berasal dari Kampung Bukit Tembok di sini akan menyambut hari lahirnya ke-114 pada 28 April depan. Walaupun umur Sariah sudah mencecah ratusan tahun, dia tidak mengidap penyakit kronik, malah masih mampu menguruskan dirinya sendiri.

  • Isi masa dengan berzikir

Sariah ketika ditemui di rumah anaknya menolak anggapan bahawa dia mengamalkan amalan tertentu sehingga usianya panjang serta kesihatan masih dalam keadaan baik. Mata dan telinganya juga masih peka, jalannya tidak perlu bertatih, malah makannya tidak perlu bersuap.

Pada masa lapang, Sariah tidak gemar menonton televisyen dan hanya mengisi masa luangnya dengan duduk di belakang rumah sambil berzikir.

  • Kuat bekerja masa muda

Sariah adalah anak sulung daripada empat beradik dan kesemua adiknya sudah meninggal dunia. Tiga daripada lapan anaknya juga meninggal dunia, termasuk empat daripada lima menantunya.

Sariah yang mempunyai 33 cucu, 60 cicit dan dua piut berkata, dia gembira kerana mempunyai keturunan yang ramai dan diberikan peluang oleh ALLAH SWT untuk melihat generasinya walaupun tidak mampu mengenal dan mengingati kesemua warisnya.

Suami Sariah, Kasmawi Md Yunus meninggal dunia sekitar tahun 1970-an ketika berusia 70 tahun.

Ketika mudanya, Sariah seorang yang sangat kuat bekerja, dia menoreh pokok getah pada awal pagi dan kemudiannya turun ke bendang. Dia melakukan kerja itu untuk membantu suaminya yang bekerja sebagai petani.

Sinar Harian difahamkan, Sariah mula meninggalkan kampungnya iaitu Kampung Bukit Tembok di Pasir Panjang kerana mengikuti anaknya ke Kuala Lumpur yang ketika itu usianya mencecah 60 tahun.

  • Tidak boleh makan ayam

Anaknya Chumi, 59, berkata, walaupun umur emaknya mencecah 114 tahun, namun dia masih sihat.

“Di sana (Kuala Lumpur) emak menjaga cucu. Malah sehingga kini, semua keperluannya emak akan lakukan sendiri. Sekarang ini emak tinggal bersama saya di sini sejak setahun lalu.

Malah menjadi tradisi keluarga kami, setiap tahun terutamanya hari raya akan berkumpul di rumah adik paling bongsu di Kampung Bukit Tembok,” katanya yang merupakan anak ketujuh.

Chumi berkata, setiap hari dia akan memberi emaknya makan oat, namun emaknya tidak boleh makan ayam.

"Jika emak makan ayam, kakinya akan gatal-gatal. Dari dulu emak memang tiada pantang dalam aspek pemakanan, namun gaya hidupnya yang bekerja sebagai petani menjadikan dia setiap hari menggunakan tenaga dalam erti kata lain bersenam. Oleh itu, saya rasa ini yang menjadi antara faktor emak masih sihat dan panjang usianya,” katanya.

  1. Permohonan BR1M ditolak kerana keliru

Menurutnya, nombor kad pengenalan emaknya adalah 990428****** dan ia banyak kali menimbulkan salah faham ramai pihak.

"Contohnya semasa proses mengambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ada yang tidak percaya, malah permohonan pertama emak pernah ditolak kerana didakwa tidak layak.

“Mungkin mereka ingat usia pemohon adalah 14 tahun. Malah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga baru sahaja dimohon setahun lalu,” katanya.

[SUMBER]


Alhamdulillah, semoga amalan nenek ini seiring usianya. tak nampak umur 100 tahun pun kan?



Bekas Kerani Bank Didakwa Keluar Wang Lisa Surihani


KUANTAN - Seorang bekas kerani bank, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mengeluarkan wang milik pelakon Lisa Surihani Mohamed dan ibunya berjumlah RM50,772.40 Januari lepas.

Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah, didakwa mengeluarkan wang Lisa Surihani, 26, dan ibunya, Siti Amirah Ahmad, 62, dari akaun bersama mereka.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Tas, di Taman Pandan Damai, Kuantan antara 7 dan 10 Januari lepas.

baca selanjutnya [disini]

Mencuri, tak de apa-apa keuntungan pun. Semoga Allah permudahkan urusan mereka. 

Pelajar Tingkatan 1 Pulangkan Wang Tercicir RM37,500

SUNGGUH MULIA HATI PELAJAR INI, ALHAMDULILLAH. 

BATU PAHAT – Seorang pelajar tingkatan satu sanggup mengayuh basikalnya sejauh 200 meter untuk mengejar sebuah kereta dipandu seorang wanita untuk memulangkan semula beg tangan mengandungi S$15,000 (RM37,500) yang tercicir.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, Amir Azizan Hashim, 13, mengakui tindakannya itu didorong oleh pesanan ibu tersayang supaya memulangkan kembali setiap barang yang ditemui kepada pemiliknya.

Menurutnya, beg tangan itu terjatuh di tempat letak kereta di sebuah pasar raya setelah wanita terbabit meletakkan beg tangan berkenaan di atas bumbung kereta sebelum meninggalkan lokasi, dipercayai untuk pulang ke Singapura.

“Saya tetap ingat pesanan emak, jika terjumpa barang orang kena pulangkan, kalau boleh beri pada pemiliknya. Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu. Ketika itu saya sedang membeli surat khabar berhampiran sebuah pasar raya yang terletak di Taman Soga.

“Saya menaiki basikal dari rumah yang terletak berhampiran pasar raya itu sebelum ternampak seorang wanita sedang menaiki kereta jenis Nissan berwarna hitam dan beg tangannya berada di atas bumbung kereta.

“Saya percaya wanita berusia lingkungan 30-an itu tidak menyedari beg tangannya berada di atas bumbung kereta sebelum dia terus menggerakkan kenderaannya dan berlalu dari situ,” katanya kepada Sinar Harian.

Amir berkata, sebaik beg tangan wanita itu terjatuh, dia segera bertindak mengambil beg tangan berkenaan dan terus memeriksa kandungannya seterusnya mendapati satu sampul surat mengandungi wang tunai Singapura, dokumen pengenalan diri dan seutas jam tangan.

“Ketika memeriksa beg berkenaan, saya mendapati terdapat satu sampul surat yang mengandungi wang tunai dollar Singapura selain pasport dan seutas jam tangan dipercayai milik wanita terbabit.

“Saya terus mengayuh basikal mengejar kereta berkenaan untuk memulangkan semula beg tangan miliknya. Alhamdulillah saya dapat mengejarnya ketika di simpang jalan seterusnya memulangkan kembali beg terbabit,” katanya.

Beliau berkata, terharu dengan keikhlasannya, wanita terbabit beberapa kali mengucapkan terima kasih dan menghulurkan sejumlah wang sebagai sagu hati kepadanya.

“Saya tidak menerima wang berkenaan kerana teringat pesanan daripada ibu dan ayah yang kerap kali menasihati saya untuk tidak menerima apa-apa pemberian daripada orang yang tidak dikenali. Wanita itu bertanya beberapa maklumat diri saya antaranya alamat sekolah sebelum dia berlalu pergi dan saya terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibu dan ayah.

“Emak puji tindakan yang saya lakukan dan menasihati saya untuk meneruskan sikap sebegini pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran berkata, sikap yang ditunjukkan pelajar sekolahnya yang bertindak jujur memulangkan semula wang dan beg tangan berkenaan sangat dipuji.

“Wanita terbabit menghubungi pihak sekolah beberapa hari selepas kejadian bagi memaklumkan berhubung keikhlasan Amir yang sanggup memulangkan wang miliknya sebanyak S$15,000 (RM37,500).

“Kami seluruh warga sekolah sangat berbangga dengan tindakan Amir yang diharap dicontohi pelajar lain bukan saja di sekolah ini, tetapi di sekolah lain di seluruh negara. Sebagai penghargaan, pihak sekolah beri sijil kepada Amir bagi menghargai tindakannya,” katanya.

[Sumber]

Tuesday, 26 February 2013

Kanak-kanak 4 Tahun Derita Kanser mata Perlu Bantuan Segera !



KUALA KRAI - Seorang kanak-kanak penghidap kanser mata berusia empat tahun dari Kampung Keroh, dekat sini, terlantar di hospital sejak awal bulan ini selepas keadaan penyakitnya itu bertambah teruk.

Kanak-kanak malang itu, Muhammad Azim dibawa ke Hospital Kuala Krai pada 3 Februari lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat Kota Bharu, kerana berlaku pendarahan.

Ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, berkata, sejak dikesan mula tumbuh pada pertengahan 2011, bonjolan kecil di kelopak mata kiri anaknya itu seolah-olah ‘hidup’ apabila semakin hari semakin membesar.

“Sejak disahkan menghidap Retinoblastoma atau sejenis kanser mata kanak-kanak, sudah banyak kali anak saya menjalani pembedahan dan kimoterapi tetapi keadaannya tidak banyak berubah.

“Kami hantar dia ke HKK baru-baru ini untuk buang ulat dalam bonjol tetapi masa dibersihkan, ada pendarahan dan terpaksa dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian sehingga hari ini,” katanya, semalam.

Baca selanjutnya [disini]

  • Hulurkan bantuan anda kepada Nik Zuraidah Nik Yali (ibu Muhammad Azim), akaun Maybank 153029208754. 
  • Atau boleh sahaja telefon wartawan Sinar Harian Kelantan (Azman Skuad Kuala Krai) - 019 939 1097

Monday, 25 February 2013

Blogger Suka Maki Hamun Blogger?

Ini kes sudah manyak terjadi dalam ini punya dunia blogger woo ! Mana boleh dbiarkan begini. Adui adui adui. Blogger ohh blogger. Ada masalah ke korang ni? Sampai suka sangat kutuk maki caci hina blogger lain? Actually, niera tahu ramai yang dah kena. Termasuklah Puan Niera ni. Semua ni pasti ada punca. Puncanya apa? Rasa nak bebel sikit kat entry ni. Niera tahu antara puncanya yang paling jelas adalah bila korang tak menang sesuatu segmen/contest/giveaway. Niera pernah dicaci dek kerana asyik niera je menang hadiah untuk top referral tahun lepas [sebelum bergelar puan] sebab time tu memang rajin giler mengadap laptop ni ping entry + blogwalking ajak orang join. Sekarang bila ada yang macam tu, niera slow down sikit la nak kejar hadiah top referral tu. Bagi peluang orang lain. Tapi ada sumber yang mengatakan dia tu budak sekolah rendah, so bagi niera, apalah sangat nak gaduh dengan budah sekolah rendah, dah macam adik-adik niera dah. so, biar je lah kan? :)
gambar hiasan utk peringatan bersama !
Macam mana timbulnya nak buat entry ini? Ini adalah kerana salah seorang penyewa iklan niera ada buat entry yang mengatakan dia menang contest blog tercantik 2013. Wah ! Tahniah3x. Dapat RM50 tuuu. Rezeki datang bergolek orang kata. Mesti lah happy kan? Tapi tak happynya bila ada pula yang pertikai ! Siap marah-marah owner contest tuh ! Adui, "BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH" ! Kut ya pun nak marah-marah, bagi la link bila menjerit kat shoutbox blogger tu. Aduhai, tu la, bila nk marah mula hilangkan identiti sebenar. Dah baling batu sembunyi tangan. Tak elok la macam tu. 

HATI kena bersih, kena fikir positif. Cuba kalau kita ditempat dia. Ada masalah, lewat umum pemenang, itu masalah biasa dik. Lain lah kalau owner contest tu memang penipu. Tapi jangan cepat menuduh sebelum periksa. Selidik dulu. Tak dinafikan ada je yang main tipu dalam kes ni. Tak pasal-pasal blogger lain pulak yang terkena jugak. Kesian la kat dia. Pemilihan ikut la mata dia, dah dia kata cantik, nak buat macam mana. Hadiah dari dia juga kan. Kalau memang rezeki kita, dapat juga. Jangan risau. Allah itu Maha Kaya. Yakinlah padanya. Kenapa nak mengharapkan manusia?

[PEMENANG CONTEST BLOG TERCANTIK 2013]
[BLOG YANG MENJADI MANGSA "BACA DI CBOX"]
"BLOGGER KAYA BUDI BAHASA!"

Review Novel #11 : Novel Perempuan Lindungan Kaabah

Alhamdulillah, dapat juga beli novel idaman hati ni di popular jumaat lepas, dah habis baca dan wow ! sangat mengagumkan ! tahniah buat penulis, Hana Ilhami. Jom niera review sikit supaya korang pun akan beli jugak. Peminat novel pasti rugi kalau tak beli. 


Sinopsis
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.

Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir

“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” – Fareez

Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” – Hanan

Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

Pengajaran :
  • Sangat banyak ! tajuk novel pun dah menggambarkan novel ini sarat dengan dakwah.
  • Mengajar kita erti ikhlas dan redha dengan takdir [seorang ustazah berkahwin dengan seorang kaki botol, kaki perempuan, kaki clubbing]
  • Mendidik jiwa agar sentiasa memaafkan insan lain [walaupun kita dah difitnah dengan seteruk-teruk fitnah]
  • Saling tegur-menegur demi kebahagiaan rumah tangga.
  • Sabar adalah kunci kbahagiaan.
  • Menerapkan dalam diri kita unsur setia kawan.
Nak tahu lebih lanjut? Baca novel ini ! Eh, esok nak amek baucer la. Kawan-kawan semua dah amek, apa salahnya amek lewatkan. hihi. Assalamualaikum :)


Saturday, 23 February 2013

Review + Bloglist Percuma Bagi 10 Follower Terpantas [Part1]

TAHNIAH KEPADA 10 FOLLOWER NIERA YANG TERPANTAS ! YANG TIDAK BERJAYA, CUBA LAGI UNTUK PART 2 YE SELEPAS INI. :)



http://anisforeveralone.blogspot.com/
  • Blog menarik, pinky !
  • Peminat kpop ni kan? Sape 1 geng, boleh join segmen dia :)
  • Kemas & tersusun
  • Ringan
  • Cantik dan hensem blog awak !
  • Blog cantik menarik
  • Kalau boleh wujudkan cbox untuk beramah mesra dengan blogger lain
  • Birthday awak sehari sebelum saya nikah. hehe
  • Pengikut segmen tegar.
  • Cuma kalau background warna merah lagi menyerlah kot. Eh, ni sekadar pendapat tau. Yang sekarang ni pun dah ok :)
  • Blogger yang sporting.
  • Kaki kome blog Niera, thank you ;)
  • Teringin nak gi bulan madu di sabah 3 tahun lagi.
  • Blog sangat menarik dan kemas.
  • Kalau nak dapat edit paling murah, pergi terjah blog dia
  • Suka dengan header awak.
  • Kata-kata permulaan yang bagus apabila ada ayat suci kalamullah
  • Blog kemas
  • Ringan
  • Semuanya comel !
  • Blogger muda ini baru selamat pulang ke malaysia apabila berpeluang mengerjakan umrah.
  • Blog kemas dan katanya masih dalam dunia edit.
  • Antara blog yang ambil tempahan edit blog, sila terjah.
  • Entry-entry nya banyak menusuk hati dan berbaur nasihat.
  • Blog terbaik !
  • Blog cantik
  • Blog Archive kalau boleh buat dalam scroll box
  • Dalam 1 page mungkin letak cuma 1 atau 2 post sahaja
  • Wujudkan cbox agar boleh bermesra dengan pengunjung blog.
  • Teruskan berblogging :)
  • Blog cantik dan hensem dah.
  • Mungkin kena letak bloglist dalam scroll box bagi nampak lebih kemas.
  • 1 page dalam 1 atau 2 entry sahaja.
  • Header awesome !
  • Keep blogging ! :)
  • Header dia memang terbaik la. Comel je.
  • Semuanya kemas
  • Blog sangat cantik
  • Perfect !
http://www.natasya-pink.my/
  • Peminat korea jugak ni kan?
  • Blog simple tapi cantik
  • Kemas dan ringan
  • Header yang unik sebab bila di hover ada keluar tu kan. haa, pergi cuba sendiri.
http://srikandi-permatahati.blogspot.com/
  • Blog yang cantik.
  • Kemas
  • Tapi jujur selama ini ingat niera lagi tua dari blogger ini. hehe
  • Terbaik !

Review + Bloglist Percuma Bagi Follower Terpantas [Part1]

TUTUP ! TUNGGU PART 2 PULA :)
10 TERPANTAS DICARI ! NIERA AKAN REVIEW + BLOGLIST SEBULAN ESOK ! HANYA TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI KOTAK KOMEN ENTRY INI. 
CUMA PERLU FOLLOW :

Segmen header siapa paling awesome part 2

klik header awesome tu untuk join jugak !

Bagi Niera, header tu sangat awesome dan tipulah kalau niera cakap niera yang buat. Tangan tak seni. Header tu dari hasil kerja seni Nabila Medan, juga merupakan pemenang tempat pertama bagi Segmen header siapa paling awesome part 1. Memang layak ! Dan kali ni, niera sekadar mencuba. All the best kepada semua yang join :) 



Friday, 22 February 2013

Segmen Template Siapa Paling Cantik

KLIK BANNER UNTUK JOIN !



Tanda Terkena Sihir Cinta

PERHATIAN ! TANDA TERKENA SIHIR CINTA !

  • Tanda disihir : Orang yang dari dulu kita tak suka, tiba-tiba jadi suka sgt dan nak kahwin.. sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari..perkahwinan tiba-tiba dibatalkan, tiba-tiba malas melayan suami/isteri..
  • Bagaimana disihir : Selalu orang guna minyak dagu..Korek kubur orang mati kemalangan/ mati beranak sulung (bomoh-bomoh selalu update dgn berita dlm newspaper untuk tahu kat mana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah & nyalakan api di dagu.. keluarlah minyak jadi minyak dagu..
  • Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa/ baju mangsa/ even baju di jemuran. Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (especially yg tak berbasuh lagi dan ada peluh), baju dalam, juga guna gambar dari FB (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh)
  • Kalau rasa terkena sihir, cuci tempat dicalit (buang physically). Baca ayat2 Quran kat perfume/ air (ia akan jadi syifa') dan gosok tempat tu. Selalu kalau tekan perlahan nadi org disihir, dia akan menjerit. Kalau mangsa x perasan dia disihir, selalu org sekeliling perasan perubahan tingkahlaku. Cepat2 dpt rawatan
  • Rawatan:
--> Ayat kursi
--> 3 kul
--> Yunus: 81-82
--> Al-A'raf: 117 - 122
--> Taha: 69
Tiup ke tapak tangan, sapu seluruh badan hingga kaki

  • Elak sihir: Jaga solat, jaga akidah, lepas solat jangan bangun dulu hingga habis baca ayat Kursi
  • Jangan jumpa bomoh(jumpa pakar perubatan Islam yang sah takpe). Hadis sahih muslim kata siapa jumpa tukang tilik (bomoh) dan bertanyakan soalan, solat tak diterima 40 hari 40 malam
  • Tanda2 seseorang itu bukan pengamal perubatan Islam :
-Minta nama ibu
-Minta barang/pakaian pesakit
-Minta ayam/binatang nak sembelih
-Baca jampi yang kita tak faham
-Memberikan tangkal
-Dia memakai tangkal
-Suruh tanam 'barang' untuk pendinding rumah
-Dia boleh nampak hingga berapa ekor syaitan/jin pada diri kita
- Sihir pelalau (jadi benci semua lelaki sampai xnak kahwin), Penunduk (nasi kangkang), Sihir tafrik (pemisah suami isteri).. 


[share]

Semoga kita sama-sama dijauhkan dari Sihir Cinta.


Thursday, 21 February 2013

Mereka Halal, Namun Mengapa Aku Perlu Cemburu?

Apabila, kita melihat pasangan-pasangan halal bersama-sama gembira, apa perasaan yang timbul? 
Ya, kita ingin juga seperti itu.
Menjadi pasangan halal buat yang teristimewa.
Begitu juga aku.
DIA telah memberiku pasangan halal yang sangat istimewa.
Jujur, aku rindu.
Rindu pasangan halalku.
Perasaan cemburu tetap ada bila melihat pasangan halal yang lain.
Mereka dekat dimata jua dihati.
Namun aku?
Dekat dihati jauh dimata.
Sampai bila rasa ini dapat ku tahan?
Rindu. Serindu-rindunya.
Itu yang aku rasa.
Namun siapa yang tahu?
Cuma DIA, aku, dan dia.


YaAllah, semoga aku dan dia kuat dalam ujian ini. Ujian hidup berjauhan seketika. Semoga kebahagiaan ini terus kekal ke syurgaMU. Hanya Doa penguat kami kini. Aku dan dia terlalu saling merindui. Terlalu saling menyayangi. Permudahkan urusan kami. Ameen. :')


Wednesday, 20 February 2013

Pelangi Selepas Hujan

Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.


Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam.

" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "

" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "

" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "

" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "

" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "

Jawabnya, SENANG.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.

" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "


Monday, 18 February 2013

Air Ini Halal Namun Dibenci Orang?

Ya, kenyataan yang sukar diterima. Air ini halal namun ramai yang tak suka minum air ini. Kenapa? Tak sedap ! Oh, tidak bagi niera, dalam banyak-banyak air kotak, air kotak teh kundur inilah yang menjadi impian ! huuuu. Sedap ! Jarang jumpa orang yang suka air ni. Tapi dalam jarang-jarang orang tu, suami niera rupanya sangat sukakan air ni. ternyata minat kami pada air yang sama ! Air kotak teh kundur :) Korang macam mana? 


Bakal berkongsi khasiat buah kundur kepada semua nanti :)


Review Novel #10 : Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman

Haaa, dah baca entry ini? Belum baca? WAJIB baca sekarang ! Haha. supaya korang tak terpinga-pinga bila membaca review novel best kali ini :) Kali ini niera mereview sebuah novel baru yang baru je siap pada 12/12/12 yang lepas. Daripada seorang pemuda yang telah pun bergelar Dr [phD]. Dan ini bukan novel biasa. Ianya adalah sebuah novel grafik ! 
Hadiah dari penulis novel ini, Dr Shah Ibrahim

ni antara contoh yang niera snap dari novel grafik tersebut. novel grafik ni macam ala-ala komik gitu tapi seriously penuh dengan jalan cerita yang sangat best.

Hero novel ini adalah Shah Ibrahim [penulis dan pereka grafik] dan heroinnya yang dalam gambar tu la. hihi

Sinopsis/Ulasan Niera yang Tersendiri
Permulaan yang membuatkan Niera rasa sangat-sangat tertarik dengan novel ini adalah di muka depan buku tu lagi yang mana ada kata-kata 'Andainya Takdir Menyebelahiku, Pasti Buku Ini Sampai Ke Tanganmu..' Jelas menunjukkan penulis ini cuba meluahkan isi hati melalui karya sulung beliau. Dan ini buat niera tertanya-tanya, siapakah insan itu? Dan kenapa Flowerman? Biasanya kita dengar Flowergirl adalah kan? 

Novel ini adalah berdasarkan kisah benar yang pernah berlaku. Beberapa nama dan fakta berkaitan individu tertentu telah diolah bagi melindungi identiti, hak peribadi serta privasi individu-individu tersebut. Bagi niera, penulisan sebegini memang sempoi dan bahasanya mudah difahami. Berceritakan tentang suka duka di bumi UK ketika menuntut ilmu dan diselitkan dengan kisah cinta. Lukisan grafik dalam novel ini juga menarik perhatian. 

Penulis menceritakan kisah dirinya yang belajar di UK dan telah bertemu dengan seseorang yang dirasakan sangat istimewa dihatinya. Pertemuan mereka ketika di suatu majlis menjadikan watak Shah Ibrahim menjadi tak tentu arah. Reaksi comelnya terpancar dengan jelas apabila dirasakan si dia juga turut memandangnya. Terus Shah mengambil keputusan untuk beredar dari majlis tersebut. Sangat malu !

2 tahun berlalu, dan gadis misteri tersebut muncul lagi ! Kali ini Shah nekad untuk tahu namanya. Cuma namanya. Walaubagaimanapun, keadaan tak mengizinkan kerana majlis berlangsung didewan solat. Shah tetap nekad. Walaupun tidak dapat tahu dari mulut gadis tersebut, Shah mula bertanya kepada hadirin lelaki yang dia kenal dengan lagak bersahaja berkenaan beberapa orang hadirin wanita yang turut kelihatan di majlis iu termasuklah gadis tersebut. Lily Suryanie. Sebaris nama yang dia takkan lupakan.Nama yang comel, secomel orangnya. Shah terus mencari maklumat tentang Lily di facebook walaupun masih kurang pasti adakah Lily mempunyai akaun facebook. Nasib menyebelahinya kerana berjaya menemui alamat emailnya. Shah terus menghantar mesej perkenalan pertama tanpa berfikir panjang. Apa salahnya berkenalan, kan? Niat Shah ketika itu cuma sekadar ingin berkawan kerana dia yakin bahawa gadis secomel Lily pasti sudah berpunya.

Penulisan diteruskan dengan perkenalan mereka didunia cyber. Lily memberikan respon positif terhadap Shah Ibrahim. Nak tahu selanjutnya? Dapatkan novel grafik ini kerana ada banyak pengajaran yang boleh kita perolehi.

Komen tentang Novel :
  • Penggunakan 'glossy paper' yang tebal menjadikan kita semakin teruja untuk menyelak helaian demi helaian sehingga ke helaian terakhir pada novel ini.
  • Novel paling menarik yang telah Niera baca kerana ianya berbentuk ilustrasi grafik
  • Tidak membosankan kerana mempunyai plot/ jalan cerita yang menarik.
  • Penggunaan bahasa yang sempoi 
  • Penulis dapat mewujudkan rasa suka/duka di hati pembaca [dapat menjiwai]
  • Kisah cinta tanpa luahan yang paling jujur pernah saya baca.
  • Mungkin inilah tujuan buku ini ditulis, untuk mengungkapkan rahsia hati kepada si 'dia' yang masih tidak tahu apa yang terbuku di hati penulis. Mungkin juga buku ini ditulis untuk si 'dia' yang masih beraja di hati penulis. Saya pasti akan ada sambungan kisah selanjutnya di masa hadapan.

'ALANGKAH INDAHNYA TATKALA AKAL DIPENUHI ILMU MANAKALA HATI TERISI KASIH SAYANG' - DR SHAH IBRAHIM

Cara Pembelian :
  • Boleh beli secara terus daripada Dr Shah Ibrahim - MrFlowermanStudio (sini) . 
  • Cara pembayaran dan bagaimana berurusan semuanya telah dinyatakan di sana.
Harga (termasuk penghantaran pos laju)
Semenanjung : RM 40.
Sabah dan Sarawak : RM 44.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dr Shah Ibrahim kerana sudi berkongsi cerita dan rasa hingga terhasilnya karya dan buku yang saya anggap sangat istmewa. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan penulis untuk menghasilkan karya seterusnya. Jangan lupa dapatkan karya ini. Hasilnya pasti tidak mengecewakan anda. 

Sunday, 17 February 2013

Dilamar Penulis Novel !

Wah, sungguh tak sangka, niera dapat peluang berharga macam ni. Seorang penulis yang telah bergelar Dr telah melamar niera untuk membaca karya penulisannya dan seterusnya memberi komen. Sebuah novel grafik ! Dan penulis itu adalah seorang penulis lelaki. Oh no, niera sangat tidak minat dengan penulisan seorang lelaki, sorry to say, memang niera takkan baca kalau penulisnya adalah lelaki. Maybe sebab perasaan dia tak halus macam perempuan kot. Eh?
Novel apa? Jap-jap nak cerita dulu. Sebenarnya Dr ni dah pos kan buku karya sulung beliau untuk niera menggunakan khidmat pos laju tapi betapa kurang hashemnya si posmen tu, dia tak ketuk atau 'tingtong' pun rumah niera bila dia dah sampai. Nak tahu dia bagi kat siapa? Kat jiran niera ! Arghhh, sakitnya hati ! kalau dia bagi novelnya takpe, ini just sekeping kertas yang suruh niera tuntut pada keesokan harinya. Eh, hari yang dia bagi tu hari sabtu, Esok ahad, kompom la tutup then isnin niera dah dekat usim. Yes, here I am. Ayah niera yang tercinta jugak pergi tuntut ! hmmm, geram geram geram dengan posmen tu. 
Alhamdulillah, buku dah sampai kat tangan. Ayah datang usim semata-mata untuk hantar novel ni. See, prihatin tak ayah niera walaupun anaknya ini dah pun bergelar puan . hikhikhik :D
Dari skudai johor terbang ke gombak, kuala lumpur
Nak tahu novel apa? Tajuk apa? Weh, memang terbaik wei novel ni. sempoi je, 2 jam baca, dah khatam ! Penulisan seorang lelaki yang pertama niera baca. Penulisan seorang lelaki yang mampu mewujudkan kita berada dalam dunia novel dia. Tahniah Dr ! Dan nak tahu, dia sorang je yang panggil niera ni , 'Puan Amalina'. Jelas menunjukkan seorang yang hormat dengan orang lain walaupun tak pernah kenal. Btw, terima kasih banyak-banyak kepada pihak Dr kerana mempercayai niera dan sudi memberikan novel super duper best ni free kepada niera. Kalau korang beli pasti tak rugi beb ! Lepas ni sure, niera bawak pergi mesir, bagi suami pula baca :D
yeay ! dapat tanda tangan penulis, Dr Shah Ibrahim
Nak tahu novel apa? [KLIK SINI] :) Niera review + komen + ulas novel tersebut! Terbaik!
psstt, bukan kena lamar apa, tapi cuma beliau minta niera baca karya sulung beliau dan memberikan ulasan untuk pembaharuan dalam karya-karyanya akan datang. Cukuplah dilamar suami tercinta :)

Aku Sebagai Ejen Topup !

Alhamdulillah. cita-cita tercapai jugak. Meh meh sape nak topup, boleh datang kat Niera. Ehh, tapi bagi yang kenal atau berada berhampiran dengan Niera la. Kalau korang tak kenal atau tak berada dekat dengan Niera, boleh bank in then inform nak topup, tapi better korang pergi beli je topup terus kat kedai2 runcit kan?  hihi. Alhamdulillah, impian nak jadi ejen topup kini tercapai. hoho. Tengok orang jual topup mcm best je, so apakata kita mencuba mencari rezeki sesuap nasi dengan salah satu cara ni. Nama pun student kan, tak salah cari income kecik-kecik camni. :D
Nak jugak menjadi ejen topup? Niera boleh bantu anda menjadi orang bawah Niera, eh tapi kalau betul-betul minat la. InsyaAllah, ni bukan kes penipuan. pm je kat fb niera. Apa niera boleh tolong, niera tolong. heee :) [BACA SINI CARA-CARA NAK JADI EJEN!]
Sekarang telah selamat sampai ke bumi usim. Fuhh, motor pun berhabuk tahap apa dah. Dah sebulan kena tinggal, punya lah payah nak start tadi. Esok akan hilanglah dunia lesen 'P' dan dapat lesen kekal. yeay ! :)
Belajar sambil bekerja kecil-kecilan, tak salah asal pandai manage waktu. Yang penting, tak ganggu masa belajar. Sayonara~

Saturday, 16 February 2013

Cuti Sudah Berakhir

Huwaaa, cuti dah tamat ! Esok mula gerak ke asrama sebab isnin pagi-pagi dah mula kuliah, yeay! Sebab apa? Sebab dok umah dah makan, tidur, makan, tidur, dah jadi makin bambam dah. Bila pergi kuliah, dapat jugak turunkan berat bambam ni kan. hukhuk. Dok umah ni beselah, Niera susah nak keluar lepak-lepak ni, tambah pulak dah bergelar isteri kan. Kalau suami ada ni, konfem la jalan-jalan. huuuu. Okay dah ! Tunggu bulan 7 nanti, Niera fly ke sana. Doakan ye semoga semuanya dipermudahkan. Dah rindu suami tahap apa dah ni. 

kami kembar ! [klik sini]

Mula kuliah, mungkin dah jarang nak join segmen segala bagai, sorry ye. Update blog mungkin akan selalu macam biasa tapi terpulang pada keadaan jugak. Masuk kuliah, assignment bertimbun, discussion pun banyak. Usaha pun kena lebih, nak dapat result lebih baik, meningkat dan terus meningkat. Mudah-mudahan. Semester baru, azam baru, semangat bary. yeay !

Ilmu yang berkat itu impian semua orang namun nilai balik adakah benar dengan cara kita, ilmu itu berkat? Renungkan.


Friday, 15 February 2013

Burger 75 Ribu Ringgit !

Taktik seorang lelaki yang cuba mengaburi mata polis dengan membungkus dadah menyerupai burger dan nasi kandar terbongkar ketika dia ditahan di rumahnya di Taman Machang Bubok, di sini, Rabu lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam 1.10 tengah hari yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di rumah lelaki berusia 27 itu berjaya menemui heroin seberat 1.47 kilogram.
Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, nilai rampasan dadah berkenaan dianggarkan berjumlah RM75,000.
Menurutnya, pada mulanya lelaki berkenaan ditahan di hadapan rumahnya dan polis menemui dua peket dadah padanya sebelum membawanya untuk membuat pemeriksaan di kediamannya.
Katanya, dalam pemeriksaan itu polis menemui beberapa bungkusan mencurigakan termasuk menggunakan kertas pembungkus burger di sebuah di bilik di rumah terbabit.
“Hasil pemeriksaan lanjut taktik lelaki terbabit menggunakan kertas bungkusan berkenaan terbongkar apabila didapati mengandungi dadah.
“Kami percaya dadah itu dibungkus dengan pembalut burger supaya ia mudah dibawa dan orang tidak mengesyakinya,” katanya.

Macam-macam dunia sekarang. Dadah pun boleh dijadikan burger. Sungguh licik !


Review Pemenang Simple Giveaway Aisyah Humaira'


Alhamdulillah, 3 hari je berlangsung giveaway Niera hari tu. Ramai juga yang sudi join. Dan pemenang review dari niera bakal mendapat review nya. hukhukhuk. Tahniah buat anda berempat ! Jom terjah mereka :)

PEMENANG 1
  • Peminat kucing barangkali, sebab blog penuh dengan kucing[tak sama dengan Niera yang takut kucing]
  • Blog simple but nice
  • Pemilihan warna hitam putih nampak unik.
  • Terbaik
PEMENANG 2
  • Masuk dunia fotografi bila anda ke blog dia ni.
  • Dia ada kamera besar woo.
  • Ni mesti kes obses dengan kamera.
  • Blog cantik cun melecun dah
  • Ringan a.k.a cepat loading
  • Terbaik
PEMENANG 3
  • Header dia smart !
  • Mungkin seorang yang pemurah dengan senyuman sebab blog pun diberi nama 'setia smile'
  • Blog Archieve mungkin boleh masukkan dalam scroll box
  • Kurangkan sikit bilangan post di home. Mungkin 1/2 post dalam satu page
  • Biru hitam memang meletup !
PEMENANG 4
  • Blog super duper comel !
  • Pink gitu
  • Blog cepat loading/kemas/menarik !
  • No komen, sebab blog awak dah superb dah :)
TAHNIAH buat anda semua. Review ni pun ringkas je tapi Niera cuba promote entry ni habis-habisan. Terima kasih kerana join giveaway niera. :) Keep blogging !


Header Baru Ala-Ala Pengantin Baru

Terima kasih buat yang sudi jenguk blog comel ni untuk hari ini dan ada yang telah perasan sedikit perubahan di blog Niera. Ya ! Header baru ala-ala pengantin baru. Pengantin yang baru berusia hampir 5 bulan. Hari-hari kami jadi pengantin baru walaupun sorang kat malaysia, sorang kat negara padang pasir, mesir. hukhukhuk. 


Lawa tak header tu? Header atau orang yang dalam header tu yang comel? hihi. Niera akui, hasil Nabila Medan memang lawa-lawa. Berbakat dan tak sombong. Semua orang kenal blogger femes ni kan? Bukan header je, tapi Niera tetap menempah menu tab yang super duper comel tu kat Nabila. Boleh klik la kalau nak klik. 

  • Owner [Nak tahu lebih tentang kami]
  • Love [Jika anda belum baca mengenai cinta kami]
  • Tips/Infp [Perkongsian serba ringkas dan macam-macam ada]
  • Ex Banner [Nak main tukar-tukar banner, boleh komen kat page tu]

Terima kasih Nabila ! :)


Thursday, 14 February 2013

KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang-Batu Caves Alami Sedikit Gangguan Perkhidmatan


Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang-Batu Caves akan mengalami sedikit gangguan perkhidmatan hari ini disebabkan kegelinciran tren komuter di stesen Shah Alam, lewat malam tadi.
Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini, perkhidmatan tren komuter bagi sektor itu akan beroperasi seperti biasa tetapi akan berlaku kelewatan sekitar lima minit. 
Kenyataan itu melaporkan tren komuter yang terlibat dalam insiden itu adalah tanpa penumpang dan sedang dalam perjalanan ke depot Sentul bagi tujuan penyelanggaran. 
KTMB memaklumkan bahawa kerja membaik pulih sedang giat dilakukan.
Sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di 1-300-88-5862 bagi maklumat lanjut. - Bernama
[sumber]

Tak pernah naik ktm turun kat Batu Caves, takut. hehe. Ayah kata sunyi, selalu sampai KL Sentral je then terus naik lrt ke gombak :) Take Care !


Review Follower 4646 !


Alhamdulillah, selepas review follower 4545 pada 6 February 2013 yang lalu, kini kembali mereview follower ke 4646 pula. Alhamdulillah, bertambah follower lagi. Reader pun semakin ramai. Entry-entry comot niera dah makin ramai yang sudi datang komen. Pageviews pun maintain dah sejak 2013 ni. Maintain 2k-4k. Alhamdulillah. terima kasih banyak-banyak. Tanpa sokongan/nasihat anda, siapalah niera. heee :) Jom terjah blogger yang sudi jadi follower 4646 niera ni :)
-
-
-
-
-
-
-
-
http://talkativepositive.blogspot.com/

Jom berkenalan dengan blogger ini !
  • Nur Amiela berusia 18 tahun dan mula berblog sejak January 2013.
  • Ohh dia blogger baru ! 
  • Niera sangat suka dengan kata-kata yang ada di sidebar dia. "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
  • Nasihat niera , teruskan berusaha dalam dunia blog. 
  • Sebarkan dakwah dengan medium yang kita ada.
  • Kalau boleh, wujudkan widget follower.

Wednesday, 13 February 2013

Kesan Keputusan Peperiksaan Selepas Kahwin : Baik / Sebaliknya?


Alhamdulillah. result final exam niera dah keluar semalam. Kesan Keputusan Peperiksaan Selepas Kahwin : Baik / Sebaliknya? Rasa-rasa mana satu jawapannya? Sebelum nak ulas apa-apa, alhamdulillah, rezeki Allah. Niera dapat keputusan yang baik. Naik dari semester lepas. Alhamdulillah, sungguh tak sangka. Belajar pun agak main-main. Sempat lagi update blog segala bagai masa musim exam hari tu. Dan orang pertama yang tahu pasl result niera adalah semestinya buah hati pengarang jantung niera, Encik Abang Sayang. Lepas tu mak ayah then ada sorang dua kawan niera. Dapat tengok result, alhamdulillah, tiada ungkapan lain selain syukur pada Ilahi. Suami di mesir terus telefon, sebab niera cakap ada hal penting. hehe ;)

Niera : 
Abang, ada berita baik ni nak bagi tahu. Abang dapat teka tak, nak bagi tahu tentang apa? 
Suami : 
Ni mesti pasal result sayang ni kan? 
Niera : 
Hihihi. Haah. Alhamdulillah, sayang dapat 3.**  
Suami : 
Alhamdulillah. Tahniah sayang. Nak tahu tak kenapa dapat result macam tu? 
Niera : 
Hmm, ni mesti sebab ada doa dari mesir kan? 
Suami : 
Ni semua datang dari Allah dan juga berkat dariNYA. Kita dah kahwin, lagi berkat nak buat segala benda. Belajar pun salah satunya. Belajar dalam keadaan berkat. Suami isteri saling mendoakan.

Tu serba sikit la dialog niera dan suami yang dah diedit sikit la. Nanti korang rasa apa pulak kan. Ayat manja-manja, korang kena rasa sendiri. hik3. Tapi point yang niera nak bagi ialah, perkahwinan bukanlah penyekat untuk kita capai pointer yang tinggi atau baik. Jangan jadikan alasan perkahwinan tu boleh menjejaskan pelajaran. Tapi kena ingat, perkahwinan juga mengajar kita erti redha, sabar dan tabah. Terutama kalau kes macam niera ni, kahwin, belajar, jauh. Nikah pilihan terbaik ! Niera sudah, anda? hihi ;)

Ce baca ni jugak :
http://www.aisyahhumaira.com/2012/09/berkahwin-ketika-belajar-menjadi-masalah.html [post sebelum niera bergelar isteri]

Budak 13 Tahun Ditangkap Khalwat !


"Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.
Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.
Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Umur 13 - 50 tahun? Sangat muda & tua. umpama beza seorang ayah dengan anak. Allahu Allah. 
14/2 - Say No to Valentine's Day !