Thursday, 27 February 2014

Kemalangan Kedua di Hujung 2013

Pada 30/3/2011 yang lalu, pertama kali dalam hidup excident kereta tapi tak langgar orang, dan langgar tembok ! Punca lalat punya pasal.. Penghujung 2013 pula, yakni 30/12/2013 excident motor rempuh produa viva di lorong kecemasan highway menuju ke Bukit Mahkota, lagi 10 minit nak sampai tol Nilai. Allahu Allah. 
 
Kejadian bermula bila Niera beria-ia nak balik ke kampus, Nilai untuk prepare baca buku untuk exam Sabtu minggu tu, masa kejadian hari Isnin. Biasanya balik rumah paling kurang 2 hari tapi ni Niera baru balik Ahad dan esoknya dah nak balik sesangat. Mak dah banyak kali pesan, balik hari Selasa. Tapi Niera tetap keras. So, gerak balik hari isnin 3 petang, Mendung. Rasa memang macam nak hujan dan tup-tup memang hujan 10 minit lepas atas motor. Barang atas motor penuh. Ada beg kat bakul depan, pakai handbag kat tangan dan juga pakai beg galas kat belakang. ok, balik Nilai sorang-sorang. Ulang lagi sekali, sorang-sorang ! Sebenarnya memang dah biasa balik sorang-sorang bermotosikal, tak tahu kenapa, mak macam nak halang-halang je dari balik, ayah pun tak sedap hati. Tapi dah degil nak balik, bagi je lah balik. 

Dalam 10 minit perjalanan, hujan turun dengan selebatnya. Still hati-hati teruskan perjalanan. Memang selama ni, kalau naik motor, pastu hujan, takkan sama sekali berhenti, tetap gigih teruskan. Sebab fikir nak tempuh lagi 50 minit nak sampai Nilai. Dah masuk highway kat Sungai Besi pun, hujan makin mengganas. Sabar sabar dan motor tetap membelah jalan. Alhamdulillah sampai di Bangi, hujan pun berhenti. Syukur. Dalam hati dah melonjak happy sebab nak jumpa suami dulu sebelum sampai asrama USIM, kebetulan mak ayah pun ada kirim buah rambutan dan juga durian. Haaa, nampak tak kita orang kampung.. hehehe. 
 
 

Tak sampai 5 minit lepastu, tup-tup, tiba-tiba ada kereta viva berhenti mengejut kat lorong kecemasan, cemas, tekan brek, boommm ! Motor jatuh, badan meluncur masuk bawah pembahagi jalan dan terus masuk dalam longkang! Perasaan masa tu, rasa macam dah nak mati rasanya. Mengucap zikir banyak-banyak. 

Ada sorang pakcik ni berhenti kenderaan dan tolong tenangkan Niera, suruh tarik nafas dan juga luruskan kaki, takut patah. Bagi air mineral [kebetulan dalam beg memang bawak air]. Bagi tisu, rupanya sebab darah dah banyak kat kepala. Then, dah makin tenang, dalam masa yang sama, polis datang marah-marah pakcik tu sebab dia saksi kejadian, nampak segalanya. Dia marah sebab pakcik tu tak boleh sewenang-wenang nya parking kat lorong kecemasan. 

Niera malas nak fikir, terus call suami dan pakcik yang Niera langgar keretanya tu, bawak Niera dekat dengan klinik KUIS. Xray semua, rawat dahi semua alhamdulillah okay. Cuma kesan accident, sakit-sakit la badan. Jalan pun terhenjut-henjut. Tapi alhamdulillah, masa final exam, berjalan dengan lancar dan pointer meningkat. Alhamdulillah.
 
 

#Sekarang, fobia dah naik motor tapi still bawak moto slow-slow sebab masih terbayang-bayang. Pengajaran! 

9 000 Budak Comel:

msredcheesecake msredcheesecake said...

semuga Allah sentiasa melindungi kita...jgn lupa baca doa sbl keluar rumah..

ain syafieqa ain syafieqa said...

ain memang fobia naik motor. sampai tak nak belajar bawa motor.huhu

aswa leyla aswa leyla said...

get well soon . :)

amal amal said...

Niera lepas n hati hati tauuu , hujannn jgn lupa behenti dulu hee

Cahaya Kehalusan Kelembutan Cahaya Kehalusan Kelembutan said...

Assalamualaikum niera!
Allah bg ujian , DIA bagi nikmat fihifzillah niera :)

nana kimie nana kimie said...

alhamdulillah...syukur niera selamat...

Maria Firdz Maria Firdz said...

Mmg fobia klu x ciden.. Pnh xciden dwkat sethun x drive..

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum niera, Ya Allah. kesiannya kamu. tak pasal2 rempuh kereta yang emergency break kat laluan kecemasan. semoga niera sihat2 sentiasa. risau dengar niera bawa motor sorang diri. bahaya dik

Hanif Idrus Hanif Idrus said...

Teruk gak...hujan lagi...