Monday, 17 February 2014

Semoga Sahabat USIM Selamat Pulang Ke Tanah Air

JAKARTA: Sejumlah 104 penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terpaksa mengharungi perjalanan selama 12 jam menaiki bas ke sini, berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto di Yogyakarta ditutup susulan letusan Gunung Berapi Kelud di Jawa Timur, Khamis lalu.
Mereka terpaksa meredah perjalanan yang lama itu untuk ditempatkan di Dewan Malaysia Jakarta (MHJ) dua hari lalu, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Kesemua pelajar berkenaan yang turut diiringi tiga pegawai dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) itu, sepatutnya berlepas pulang ke tanah air dari lapangan terbang berkenaan pada 15 Februari.
Pengarah Education Malaysia di Indonesia, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh, berkata pihaknya mengambil inisiatif memindahkan kesemua peserta rombongan itu bagi memastikan keselesaan dan keselamatan mereka.
Mengikut jadual asal, katanya rombongan itu sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur melalui lapangan terbang itu sebaik selesai menjayakan Program Pengembaraan USIM GISO 2014: Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Yogyakarta selama enam hari.
Bagaimanapun, beliau berkata, berikutan debu akibat letusan Gunung Berapi Kelud menutupi ruang udara Yogyakarta, lapangan terbang itu ditutup dan semua penerbangan dibatalkan sehingga kini.
Katanya, semua anggota rombongan akan berlepas pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di sini, dalam tempoh terdekat.
"Mereka akan berlepas pulang dari Jakarta memandangkan (syarikat penerbangan) AirAsia memberi kelonggaran untuk menaiki pesawat dari mana-mana lapangan terbang di Indonesia.
"Kesemua pelajar dalam keadaan sihat dan sebahagian kecil yang masih keletihan kerana terpaksa menempuh perjalanan yang jauh," katanya. - BERNAMA
Harian Metro 18/2/2014

Kosmo 18/2/2014

Sinar Harian 18/2/2014
Sebahagian mereka, sahabatku. Dengar khabarnya sudah boleh pulang ke Malaysia. Alhamdulillah. Moga semuanya selamat dalam perjalanan. Ameen.

3 000 Budak Comel:

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid said...

semoga mereka semua selamat pulang kembali....

Torascool Torascool said...

semoga tetap ada keselamatan pada mereka

BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN said...

Salam ziarah dan selamat berhujung minggu dari bunda..