Wednesday, 15 October 2014

Hamil, Satu Anugerah Terindah

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)
Alhamdulillah. Ada kesempatan sebentar ke library USIM untuk update blog yang semakin sepi sunyi berhabuk ni. Alhamdulillah. Tak share lagi cerita terbaru passal diri sendiri. Walaupun follower instagram ramai yang dah tahu, terasa nak share jugak kat sini. 

Alhamdulillah, kini ada insan comel dalam perut. Terasa sangat bersyukur atas kurniaan Ilahi. Walaupun sepayah mana kita merancang, pasti rancangan Dia juga yang terbaik buat kita. Kini berada di semester 7, tahun akhir di USIM. InsyaAllah tiada penangguhan semester, bakal bersalin pun selepas tarikh peperiksaan akhir. Kini usia kandungan 27 minggu. Terasa cepatnya masa berlalu. 
InsyaAllah, akan kembali aktif dalam dunia blog. Dah lama tak jenguk blog orang. Orang pun sah-sah tak jenguk blog kita. Haha. Sape suruh tak update kan? Dulu ada jugak hasrat nak tutup je blog ni, tapi, aduhh sayangnya.. Banyak entry pasal diri sendiri, sayang lah kalau buang macam tu je kan?


Nanti bakal update sepanjang pengalaman mengandung dalam blog ni, tapi tunggu lepas bersalin la jawabnya, boleh share dari mula-mula tahu mengandung sampai la beranak anak sulung ni kan. Hamil, memang merupakan satu anugerah terindah! Tambah-tambah bila terasa dia golek-golek dalam perut sendiri. Terasa, subhanallah! Indahnya perasaan ini. Nanti cerita-cerita lagi, Sayonara!

14 000 Budak Comel:

Mila Ahmad Mila Ahmad said...

Alhamdulillah tahniah ye bakal jadi ibu, saya masih menanti dengan sabar rezeki itu.

Jazz Lover Jazz Lover said...

Tahniah sis. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Jazz Lover Jazz Lover said...

Tahniah sis. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Shakirah Rosli Shakirah Rosli said...

senanya kak niera, kite pun baru tahu akak pregnant tengok kat instagram tadi..MashaAllah, mabruk kak mabruk ! Semoga akak sekeluarga + budak comel bakal lahir tu sentiasa dikurniakan kesihatan dan bahagia sampai syurga. InsyaAllah amiiin :)

aswa leyla aswa leyla said...

alhamdulillah . tahniah . kite lak yg excited ni .

MUJTAHIDAH SOLEHAH MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

Assalamualaikum niera. Tahniah atas kehamilan :) Gembira mendengarnya.

Alhamdulillah ^_^

Liyana Zulkifli Liyana Zulkifli said...

alhamdulillah niera :)
tahniah rezeki dari ilahi .
yana doakan yang terbaik

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Mila Ahmad insyaAllah rezeki tu ada. Allah bg masa yg tepat.

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Jazz Lover amin. semoga sempat amek final exam. huhu

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Shakirah Rosli syukran atas doanya. insyaAllah. berdebar rasanya ni..

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@aswa leyla heee. jom kita sama2 excited. hehe. apa2pun alhamdulillah. rezeki ini milik DIA.

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@MUJTAHIDAH SOLEHAH ALHAMDULILLAH :) DOAKAN KAMI YE.

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Liyana Zulkifli ALHAMDULILLAH. :)

Ayu Zan Ayu Zan said...

Seronok rasa insan comel golek-golek kan. Hihihi