Friday, 17 October 2014

Khasiat Kurma untuk Ibu Hamil

“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.” [Maryam : 25-26]

Sejak hamil, Niera banyak juga search beberapa hal untuk ibu hamil, nak jugak share kat sini. Mana tahu ada yang sudi membaca. Khasiat buah kurma untuk ibu yang hamil/mengandung. Semua bakal ibu yang kesihatan yang baik, malah kita turut mahukan janin kita berkembang sihat kan? Salah satu buah yang diperakui ialah buah kurma. Maryam sendiri melahirkan Isa dibawah pohon kurma, lalu Allah memerintahkan agar beliau makan buah kurma tersebut ketika melahirkan Isa. Mesti ada rahsia bukan? 



Khasiat Kurma untuk ibu mengandung:
  • Mengelakkan dari penyakit kencing manis semasa mengandung.
  • Menguatkan sel-sel usus dan dapat membantu melancarkan saluran kencing karena mengandung serabut-serabut yang bertugas mengawal laju gerak usus dan menguatkan rahim terutama ketika melahirkan.
  • Mencegah terjadi pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya. 
  • Memudahkan bersalin dan membantu keselamatan ibu dan bayinya. 
  • Melancarkan saluran kencing.
  • Mencegah strok.
  • Mengandungi vitamin A yang baik dimana ia dapat menguatkan penglihatan, pertumbuhan tulang, metabolisme lemak, kesihatan kulit serta menenangkan sel-sel saraf.

Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. “


6 000 Budak Comel:

Eka Tikah Eka Tikah said...

kalau yg tak makan kurma mcm mne kak? kene paksa makan jugak ni. hehe

Ania Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Saya baru menemukan blognya - nice:)
Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@Eka Tikah heee.. kenapa tak suka makan kurma? sedaplah! kita suka sgt mkn yg kurma jenis kering tu. nyum3

huda azmi huda azmi said...

hi! 1st time drop comment here..

mmg kurma banyak sgt khasiat..time hamil sy suka mkn kurma..Alhamdulillah senang bersalin..after deliver, kurma jadi milkbooster sy ;) tp anak susah sikit nk mkn kurma..tp kalau kismis favourite..

aisyah humaira' aisyah humaira' said...

@huda azmi wah ! bestnya senang nak deliver baby. ni tgh seram ni.. maklumlah, anak sulung. mudah2an senang :)

Ayu Zan Ayu Zan said...

Ayu mmg mmilih sikit kurma. Yg mahal je suka. Haha. Ngengada kan. Tp mmg bagus makanan sunnah ni.