Sunday, 2 November 2014

Check Up Baby Dengan Suami Buat Yang Terakhir Kali

Alhamdulillah, baru je balik check up baby dengan suami. Tapi yang terakhir kali la dia nak teman. Lepas ni check up baby sorang-sorang. Suami nak terbang balik Mesir dah. sobsob. Dugaan ujian masa mengandung. Now dah 30 weeks. Kejap je masa berlalu. Lagi 3 hari, mertua balik dari ibadah haji, then 3 hari lepas tu, suami pulak terbang ke Mesir sambung pengajian disana. InsyaAllah akan bersalin tanpa dia disisi. Inilah saat paling kita tak nak, tapi kena tempuh jugak. Suami kembali ke dunia Malaysia mungkin setelah 2 minggu bersalin. Allahuuu. Aku kena kuat jugak. Demi baby. 

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)

Hasil check up tadi, berat badan dengan bacaan gula dalam darah yang bermasalah sikit, yang lain ok je. Alhamdulillah. Berat badan turun kali ni, padahal rasa macam dah makan banyak. Biasalah, turun salah, naik terlebih pun tak boleh. Time mengandung ni sensitif sikit. Macam-macam hal. Alhamdulillah, dah terima dua suntikan sebelum ni. Minum air gula yang 'sedap' tu pun dah dua kali. Cuma hasil je belum dapat lagi, jadi harap sangat diri ini bukan dalam kalangan yang ada kencing manis. Muda lagi, tak nak ada masalah kesihatan apa-apa. Doakan kami. Ok, nak sambung gi kelas. Tata. Assalamualaikum.


"Anak-anakmu adalah penduduk kecil syurga."

9 000 Budak Comel:

najiah shaharain najiah shaharain said...

dah 30w..oh..jg diri na.:)

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum naira..kuatkan semangat ye. in shaa Allah, baby keluar dengan selamat dan sihat walaupun abah dia kat Mesir... kejap ke dah nak due date kannn ~~~

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum naira..kuatkan semangat ye. in shaa Allah, baby keluar dengan selamat dan sihat walaupun abah dia kat Mesir... kejap ke dah nak due date kannn ~~~

Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa said...

alhamdullilah....lama tak dgr khabar..alhamdullilah..tak sabar ni....jaga diri taw..:)

Syaza Raihanah Syaza Raihanah said...

Sabar ya? InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Aminn :)

Dhia adawiyah Dhia adawiyah said...

Sempat singgah kat blog Kak Niera hariniii .. dah lama tak bukak blog, rinduu .. kuatkan semangat ye kak nieraa ..

nini nini said...

insyaAllah semoga ssmuanya selamat

Ayu Zan Ayu Zan said...

Kandungan kite sebaya awak.. Xpela. Nk jadi isteri hebat..tentu diduga dgn dgaan yg hebat. Btw. Masalah berat badan ni kdg penat nak lyan kan.hehe

NJihe.am NJihe.am said...

Salam singgah, mabrouk akak dengan suami, semoga dapat anak soleh/solehah. studioous.blogspot.com