Sunday, 30 November 2014

Genap 26 Bulan Usia Perkahwinan Kami



Alhamdulillah.
Genap sudah 2 tahun 2 bulan.
29/9/2012 ---> 29/11/2014
Macam-macam dilalui bersama.
Suka. Duka. Tangis. Tawa
Gaduh. Baik. Gaduh. Baik
Alhamdulillah,
Moga kekal ke akhirnya.



Aku bersyukur.
Bukan sahaja diberi suami,
Namun aku diberi seorang kawan.
Kawan baik.
Yang mana boleh berkongsi.
Segala rasa.

Dialah peneman.
Penenang,
Penasihat,
Penghiburku.



Allahhu..
Tak terhitung nikmatMu padaku.
Memberi seorang suami yang begitu baik pada isteri.

Baginda SAW bersabda;
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا
“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istri-istrinya”.

Ya Allah,
Berilah kebahagiaan kepada kehidupan kami
Sejak dari dunia hingga ke syurgaMu.
Aku bermohon,
Peliharalah kami,
Murahkanlah rezeki kami,
Berilah kami zuriat yang soleh solehah,
Kuatkan jiwa kami menghadapi setiap ujianMu.
Kekalkan hati kami untuk terus sujud kepadaMu. 
Ameen.



6 000 Budak Comel:

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum naira.. semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. kuatkan semangatmu dik.. tak sabar tunggu kelahiran zuriat kalian.. boleh kawan dengan Muhammad Adam Husni~~~

Papaglamz Papaglamz said...

Tahniah....

Afwan Fayyadh Afwan Fayyadh said...

semoga Allah sentiasa bersamamu sahabat :)

Azrin Rahim Azrin Rahim said...

Alhamdulilah...
semoga berkekalan hingga akhirnya..

Kaisara Aiman Kaisara Aiman said...

semoga sentiasa bahagia;)

Mayang ABDUL RAZAK Mayang ABDUL RAZAK said...

semoga kekal bahagia yer dik hingga ke jannah .... insyallah..