Saturday, 22 November 2014

Rindu, Satu Ujian Buatku

Hasbunallah wani'mal wakil 
(Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar). [3:173]

Entah kenapa, hati masih terasa 'hilang' 
Air mata bagaikan sesuatu yang amat murah tika ini 
Perasaan menggamit rindu.

Rindu.
Ungkapan yang takkan pernah jemu.
Selagi dua jasad tidak bertemu.

Aku rindu.
Rindu pada dia, penemanku.
Rindu pada semua tentang dirinya.
Ini ujianku.


Semoga dengan ujian ini, aku terus menjadi lebih kuat sebelumnya. Menjadi makin dekat dengan Ilahi. Makin bersyukur atas segala nikmatnya. Menjadi insan yang tak lupa diri. Bukan sahaja buat aku. Tapi buat kami. Aku, dia, dan bayi dalam kandunganku. 

No one makes a lock without a key. That's why Allah won't give you problems without solutions.

Tertarik pada kata-kata dalam satu blog;

Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu. Sangat menyayangimu.

Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya. Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.

Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu.  Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kau terduduk, membuat kau menangis dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.

Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang. Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.Tidak dapat dinafikan ada ketika kau bertarung dengan perasaan sendiri, rasanya sakit sangat. Apatah lagi pada masa itu orang sekelilingmu seakan tidak memahamimu.

Tidak mengapa duhai hati, sabarlah dan solatlah. Allah sendiri berpesan dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”- (Al-Baqarah: 153)

Tidakkah ayat dariNya itu menggugah jiwamu? Belum cukup tergerakkah dirimu untuk mencuba tips yang Allah ajari?

[sumber]


3 000 Budak Comel:

Sheila Salim Sheila Salim said...

Assalamualaikum naira.. semoga terus bertabah ye. tak lama. nanti baby keluar, mesti terubat rasa rindu tengok wajah anak kalian ~~~

Nur Inani Nur Inani said...

allah uji tanda dia sayang :)

Eka Tikah Eka Tikah said...

wuu, sayang tu. hehe