Tuesday, 10 March 2015

Start Praktikal Bila Habis Pantang

Lamanya tak update-update blog. Bercuti bersalin la katanya. Dunia sebagai ummi memang mencabar. Tambah tanggungjawab baru, jadi agak kelam-kabut jugak lah sebenarnya. Nasib baik sepanjang pantang, Syifa' sangat behave. Diam je. Hanya nangis bila nak susu. Senang jaga. Alhamdulillah. Tapi sekarang, fuyyoo.. sengaja je tau buat ummi dengan walid dia tak duduk diam. Dengan opah-opah dia sekali terheret. Sekarang opah Syifa' (ibu Niera) la yang tolong jagakan Syifa' sepanjang Niera start praktikal ni. Lagi 3 bulan je lagi nak habis praktikal. Lepas tu dah boleh start cari kerja. Yang penting dunia study dah habis. Yeay! Bulan 11 konvo insyaALLAH.



Dunia Praktikal
Alhamdulillah, aku dah mulakan dunia praktikal selepas hari ke 46 Syifa' dilahirkan. Baru je habis pantang, terus aku aktif berpraktikal. Hahaha. Cukuplah aku nyatakan yang kini aku sedang praktikal di sebuah agensi. Kerja pejabat la senang cerita. Tapi tetap ada kaitan lah dengan bidang aku. Pengajian Akidah dan Agama. Ada la kaitan dengan dunia akidah tu. Sekarang ni merasa la dunia pagi-pagi tempuh jammed. Minggu pertama tahan lah nak drive kereta, pastu sekarang ni dah masuk minggu ketiga praktikal, aku merempit la pulak. Lagi senang, takde lah lambat nak punch card. Pastu dok pejabat, mengadap komputer, buat data tu data ni, then tolong lah apa-apa yang patut. Best! Habis kerja jam 5, then hooray! Boleh jumpa Syifa'. 
 
  اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
 Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah


4 000 Budak Comel:

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid said...

tahniah di atas kelahiran anakanda tercinta dan selamat memulakan praktikal yer?

Mayang ABDUL RAZAK Mayang ABDUL RAZAK said...

selamat berpraktikal dan tahniah atas kelahiran baby yer

eintan nurfuzie eintan nurfuzie said...

tahniah de baby dan slamat berpraktikal dengan semnagat.. ehheeh

Sheila Salim Sheila Salim said...

assalamualaikum niera.. awalnya start pratikal.. sihat dah? alhamdullilah. dah ada anak ni, bersungguh nak balik rumah awal kan.. semoga dipermudahkan segalanya niera